Skip to main content

This is how we start;

Tee-hee, entri kali ini adalah entri yang lama sudah aku nak update, tapi dek memikirkan itu ini, maka aku tangguh berbulan lamanya. tapi bersempana 4 bulan lebih menganggur, dan 3 bulan tak jumpa (paling tiada kaitan) maka dengan ini aku nak open sikit lah pasal my relationship =)

kepada pembaca blog yang setia sudah tentu kenal dan tahu nama beliau. so, no need untuk perkenalkan lebih panjang lebar. lagipun itu tak penting. haha! selama aku belajar lima tahun setengah kat IPG Kampus Tawau, langsung tidak terlintas di fikiran aku untuk berkenal dengan seorang yang bekerja sebagai Pegawai Penjara.

cuma, masa aku praktikum 3 tu, aku selalu lalu gate kem kubota untuk hantar Radzi and Pok ke sekolah, and selalu juga main2 dengan dorang, mesti best dapat boyfriend pakai uniform. ingat lagi masa tu, kalau yang jaga gate handsome, maksudnya semua perkara yang berlaku di sekolah hari itu akan best, so if tak handsome, memang hambar lah di sekolah. bodoh ni =p

nak sebulan lagi aku habis study, I met him dari Facebook. HAHA gila dari FB bah. masa tu aku ingat lagi, aku tengah online kat bilik Seri, since line wifi masalah, tiba2 ada seorang lelaki add aku;

Aku; Met, ko kenal ka lelaki ni. Izan Zul namanya? pakai baju uniform polis?
Seri; x kenal met
Aku; dia add aku ni. *dalam pada tu, selongkar profile picture. haha mo tengok handsome ke x*
Aku; eh, kawan FB dia semua perempuan lah. mesti getek ni.
Seri; a'ah getek kali. nda payah la ko approve
Aku; ya la. x payah la approve. 

tapi, dalam pada aku cakap tu, aku approve juga friend request dia. haha but don't ask me why, sebab aku sendiri pun tak tahu. sampai sekarang aku tak tahu kenapa, but he will always said to me "kalau b tak hensem, bukan sayang approve tu" hahahahaha! entah la, maybe sebab tu juga =p

Exclusive only in my blog; my first wallpost
let me tell you some secret about girls; IF, I said only if okay, perempuan tu hantar macamni, dia dalam keadaan mood yang sangat baik. dan if you lucky, you can know her lebih dalam lagi lepastu. haha! true story.

after wallpost tu, we start to chat, still remember, malam tu aku chat dengan dia sampai pagi. and pada masa tu lah, first time lah happy balik after a long dark moment! ya la, selama tu hati aku beku betul. lepastu hari2 akan chat, masa dalam kuliah pun aku akan online handphone untuk chat, dan malam malam dah call sampai pagi. and satu rahsia aku tak pernah kasitau sapa2 including my besties!

'aku pernah jatuh kerusi gara gara terlalu angau bertelefon!!!' sakit nya hanya Allah yang tahu tapi aku maintain juga bercall masa tu. sampai biru2 lutut aku. haha gila, love is in the air la katakan masa tu. sakit pun tak ada masalah =p

after a week, chat and phone call, we decide to meet. mula mula aku tak nak juga jumpa sebab aku tak berani la nak jumpa berdua. haha i still remember masa tu aku cakap dengan kawan-kawan 'nanti dia rogol aku macamana?' AHAHAHAHAHAH! so, masa dia datang kat kampus tu, kawan2 aku semua kat bandar kecuali Wanti. aku tak berani juga jumpa dia sendiri since dia dengan kawan sekerja dia. so, paksa punya paksa Wanti finally agree untuk tolong kawan dia. thank you dos! =)

dan pertemuan pertama makan di Norzizah Cafe tu went well. tak rasa kekok since dia pun banyak cakap masa tu, and aku pun tak pernah nya diam walaupun dengan orang baru. sangat banyak cakap. so tak ada lah istilah malu malu kucing aku sangat. after perjumpaan tu, I guess, ada cas cas positif antara kami (wah ngada2) so, aku agree untuk buat date dengan dia. so only two of us.

so, esoknya ngam ngam aku tengah busy urus farewell dinner untuk batch kami, aku jumpa dia. masa tu dia bawa makan kat KFC. haha aku ni dah lah tak pandai sangat makan ayam KFC, tapi dek kerana segan pula nak berterus terang, dah dia belanja, aku terima je lah. lepastu order lagi snack plate. dalam kepala aku macamana aku nak habiskan dua ketul ayam ni?????? dan akhirnya aku telan2 ayam tu, dan tadaa, tak juga habis pon kekekeke

after that, ada beberapa lah perkara happened that only my closest friend know, which is aku tak mahu cerita sebab some story aku keep dulu. mana best mau cerita semua kan. tapi story tu lead kepada gambar kat bawah ni;

our first picture together =)
our first picture together adalah dirumah keluarga dia. so, itu adalah waktu hari raya korban. which is dalam plan aku patutnya datang dengan pakai baju kurung, and dengan formal lah juga aku nak kenal family dia, but things turn out differently, and that's it. I met his family, and I think things going out well. 

kami tiada declare secara rasmi, sendiri sendiri faham ja. tapi one thing for sure, I accept him masa tu lepas dia kenalkan aku dengan bapa dia. so, itu lebih memadai daripada asking me 'wanna be my girlfriend?'

start daripada tu, hari hari countdown masa berapa lama lagi kat Tawau dan nak habis belajar. dalam pada tu, aku busy juga dengan kursus induksi, exam induksi, kursus2 yang padat, and also my final exam! walau bagaimanapun itu tidak membataskan aku untuk keluar dengan dia setiap hari. haha gila tu everyday mesti akan dinner sama-sama. 

so, this is what we do;
highway Tawau. rasanya fave spot dating orang Tawau ya? haha
sempat juga kami dating kat Stadium Tawau. skema x?
dinner at Sedap Corner Balung
most of the time, kami lagi suka duduk rumah family dia
apa yang kami suka buat berdua, adalah masak dan makan. so, selalunya akan beli bahan mentah kat luar, and then masak, pastu makan sama-sama. takpun makan kat luar. still remember dia bawa makan bakso, and nasi lalap murah aku jumpa kat Tawau. lima tahun setengah kat Tawau tak pernah pula jumpa nasi lalap murah gitu. only rm3.50 tapi berbaloi.

and first time aku ke pasar beli ikan juga dengan dia. honestly, aku ni tak tahu apa apa pasal ikan. so, aku tukang tengok dan dia tukang beli. haha even sampai siang ikan, buang perut pun aku tak pernah buat sepanjang hidup, percayakah anda? ya, percaya lah! haha itupun dia juga yang buat. bab-bab ikan ni memang aku punya knowledge tahap 10% ke bawah.

pasal tengok wayang, yes, memang kami ada juga. normal couple memang akan tengok wayang sama sama kan. tapi kalau TENGOK sama sama, maybe best juga. tapi dia ni tak. masuk cinema, duduk, makan2 popcorn kasi habis, tidur. geram tau. even aku yang duduk sebelah dia ketawa macam hantu pun, tak bangun. time tu dalam hati aku kata, 'ini sudah bagus ni, jadi tak payah aku nak control2 ketawa bila tengok movie'

well if you don't know me, mungkin kamu tak tahu betapa LOUDnya ketawa aku =p

hinggalah hari yang terakhir aku kat Tawau, huuu sedih tau. aku dapat tiket free, dan masa tu hari sabtu dah full, jadi alang alang aku kasi confirm hari Ahad. sepanjang hari tu, aku rasa dua dua pun tak ada mood. ya la, masa tu aku tengah syahdu2 bukan sebab nak jauh dengan dia saja, tapi sebab nak tinggalkan IPG Kampus Tawau, nak tinggalkan Tawau, memang sedih sangat. *menaip dalam mata berkaca sekarang*

lagi rasa berat hati bila dia sendiri yang hantar aku kat airport. tak pernah terdetik dalam fikiran aku, yang aku akan meninggalkan Tawau dalam keadaan aku dah berpunya, lepastu orang tu sendiri lagi yang buat farewell kat aku depan departure hall. 

with his anak buah
sup payau Bibik Corner di airport is a must before leaving Tawau
because dah cakap kat dia awal awal, sebelum nak bye bye Tawau, mesti nak makan nasi goreng Payau dulu. wajib. so, kami singgah sini la makan. lagipun sebelah airport tu saja.

Us at the airport. 
masa ni, dalam otak aku, sapa lah nak tolong ambil gambar kami berdua ni. tadaa, tiba2 lah ada juga kawan satu batch kat sana, dapat lah minta tolong. dalam masa ni juga lah kami dua mula lah bagi warning itu ini, Do's and Dont's bila jauh. (and sampai sekarang, semua masih tepati janji) and he did promise me untuk datang Labuan selewat2nya bulan 12. so, yes, he did come to visit me. but the story later on.

orang kata;
'Ala, dekatnya Tawau, boleh lagi datang'

but trust me, aku yang kat Labuan ni pun entah bila dapat datang sana. berbulan aku tinggalkan bumi yang memberikan aku sejuta kenangan. nak ke sana sendiri dalam masa terdekat, memang lah dia tak bagi. tunggulah nanti kerja. aku datang sana for sure nak makan dan makan! until now, aku rindu makanan Tawau sebab harganya. susah nak cari makanan murah selain Tawau. haih.

okay, that's all =)
panjang gila kat entri.
at least, aku tak rahsia sangat dengan pembaca setia blog aku.
aku ikhlas share dengan semua apa kebahagiaan aku sekarang.

because I know,
my follower bukan stalker semata.

thank you all!

love,
nurizzatienadia.

Comments

Khairieah said…
bestnya! pray for me too :)
semoga gembira selalu bersama Encik Izan Zul.. aisehhh... :)
ngeee =)
terima kasihh yer
Insya Allah,
akan tiba masanya.

just keep pray and pray,
ditemukan lelaki yg baik
hehe

Deedee Meymel said…
awwww~ sweetnya sis.. daebak la sis.. bule fokus smua wlaupun bsy.. hehe.. all the best sis in ur rlationship.. jgn lupa jemput mkn nsi minyak nti yer.. hehe.. :P
@deedee meymel,

haha ya time busy2 tu,hari juga jumpa. hari2 juga dia drive dari bandar untuk ketemu. kalau sda fall in love,segalanya indah =p nanti sis buat majlis, jgn x datang pla ah

@miss to mrs,
thank you dear =)
SimplySeoul said…
Tawau!! i miss my home. seriously the food choices are heaven.

dating d stadium tawau? that's new. haha. i should visit the place soon with my other half.
Gee said…
Focus saya baca ni entry.. so sweet..~ Hee.. hopefully one day pun saya akan buat post camni.. hehe
dfordimple said…
waaa..happy pla sis mbaca entri ni. suddenly rs mcm jatuh cinta balik kali pertama *apa kaitan?* tehehehe

i'm really2 happy 4 u, seriously. syukur alhamdulillah :)
@simplyseoul,
haha ya, ada tu taman2 dia utk joging sana. cantik ni hahaha bole jog sama other half kan. idea dating terkini.

@gee,
ya, then bole juga sy baca =)

@kak iza,
heeee =) syukur jg sis. finally, maybe sy bole rasa apa itu bahagia sebenar after sakit hati yang sangat lama. u know sis, it's not easy for me to move on mula2 =')

Popular posts from this blog

ISU PENEMPATAN PELAJAR-PELAJAR LEPASAN IPG AMBILAN JANUARI 2009

Aku copy paste status ini dari group PISMP AMBILAN JANUARI 2009 =D

KEHADIRAN:

1) Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
2) Dr Rodziah (Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian)
3) 2 orang wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
4) 7 orang wakil pelajar IPG Ambilan Jan 09

TEMPAT: Bilik Mesyuarat Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran, PUTRAJAYA

PENEMPATAN
- Habis IV & Penilaian Khas, SPP akan buat mesyuarat bagi menentukan siapa yang lulus/ gagal. Bagi penilaian khas, anda sememangnya akan lulus.
- Kemudian SPP akan beri nama kepada BPSM (Jangkaan siap dalam masa 2 minggu)
- Daripada BPSM, nama akan diberi ke BPSH untuk penempatan.
- Data untuk pengagihan penempatan sudah ada, namun BPSH perlu menguruskan pertukaran guru-guru sedia ada terlebih dahulu baru boleh laksanakan penempatan.
- Rakan-rakan interim kemungkinan besar akan dikekalkan di sekolah anda berkhidmat sekarang.

SEBAB PENEMPATAN LEWAT
- Kes Lahad Datu (Perkara luar jangka), KPM & SPP tidak boleh pinggirkan Sabah.
- Sistem open mark…

Martabak Jawa Tawau;

tajuk entri macam resipi saja kan. walhal cerita dibawah ini tiada kaitan sama resipi samaada resipi hidup ataupun resipi yang mati. LOL.

kurang dari lima minggu lagi aku akan bertapak di bumi Tawau. pejam celik, makan tidur, ketawa menangis, akhirnya 5 tahun lebih sudah di lalui. Alhamdullilah, aku masih bernafas lagi. banyak hal yang berubah dalam diri tapi yang terlalu obvious ialah berat badan. ya, semakin hari semakin gumuk! yes! pencapaian yang paling hebat sepanjang hidup.
ayat aku macam bangga jak kan berat badan naik, tapi dalam hati siapa tahu. i sedih tau. dalam hati i meronta2 nak kuyuskan badan, tapi tiap kali i nampak makanan, i terus gembira. i lupa yang i bersedih sebab gemuk. menci tau makanan banyak sedap sedap, especially kat Tawau ni. boleh lah aku bagi gelaran tempat ni syurga makanan. dari nasi goreng lalap, ke es teller, ke bontot ayam (aii tiba tiba masuk list, huahuahua) dan yang paling penting, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa MARTABAK JAWA. ngeh ngeh ngeh
lagi sedap …

Lawatan Benchmarking Bina Insan Guru Fasa 6

so, ini adalah Bina Insan Guru kami yang terakhir before menamatkan hidup sebagai guru pelatih di kampus. tapi ada tinggal satu lagi iaitu ceramah yang akan diadakan dalam minggu depan. well if Bina Insan Guru memang macam-macam aktiviti ada. kebanyakkannya semua memberi input dan pengajaran yang baru buat aku,tak kira lah dari segi apa sekali pun.
kami bertolak seawal jam 7.15pagi dari kampus ke SK Holy Trinity. pemilihan sekolah ini pun berdasarkan kriteria program BIG kali ini iaitu benchmarking guru cemerlang. bersesuaian pula pemilihan guru cemerlang itu adalah bekas pensyarah jabatan kami sendiri iaitu Encik Santhiran a/l Arumugam.
entri kali ini penuh gambar, so just go with the flow with me everyone;




sekolah ini super duper cantik! and sangat sesuai untuk ambil ambil gambar, so aku pun tak lepaskan peluang la juga untuk snap kan.





bila tamat Bina Insan Guru ini selalunya kena buat refleksi. haha erk, belum mula pun buat =_='