Skip to main content

Posts

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya
Recent posts

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

A letter to Arwah Mohd Bahrul Azam Bin Mohd Sirat;

Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang atau sesuatu yang bernyawa apabila sampai ajalnya dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala Yang kamu kerjakan (QS. Al-Munafiqun : 11). Assalamualaikum. Aku baru sahaja selesai dari hospital. Pelbagai rasa ku rasai dalam malam ini. Aku seolah olah tidak percaya, bahawa dia pergi buat selamanya. Post aku mungkin agak panjang. Sebab aku sendiri tidak ada point utama. Aku cuma mahu menulis betapa kehilangan seseorang yang sangat rapat dalam jiwa kita tidak semudah di sangka. Sedangkan melihat aktor mati dalam drama sudah buat aku menangis semahunya, apatah lagi di dunia nyata. Aku mengenali arwah seawal Jun 2010. Ketika itu, aku masih ingat bahawa aku salah seorang fasilitator untuk minggu orientasi arwah. Jujur aku tidak mengenali arwah sangat ketika itu. Namun, seminggu selepas orientasi ada satu chat keluar di ruangan facebook "Hi, nak pinjam buku boleh?" (i dont reme

bahaya patah hati;

bahaya. bahaya mencintai perempuan. yang sudah mati hatinya. kerana kecewa. sekalipun, dia berusaha untuk mencintai semula, namun, seolah olah tiada perbezaan. dia tidak tahu cara mencintai tidak tahu cara dicintai dan lebih parah, mungkin tidak mengerti, erti cinta sebenar. patah hati bertahun yang lalu, kesan yang mendalam hingga kini. maafkan aku masa sekarang.

Tersimpan rapi;

dunia aku tidak seindah yang lain. namun ku isi dengan hal kerja, hal murid, hal perniagaan, di dalam lubuk hati aku, ada nama yang terisi, ada hati yang kuingini. namun, aku sedar dan pasti. bahawa ianya tidak semudah itu. ianya bukan seperti itu. lalu, aku simpan rapi, agar tiada siapa yang tahu. lantas, menjauhi prejudis, melarikan diri dari salah faham

Always, Selamanya;

Lagu ini, Perasaan ini, Kekal selamanya. Mungkin kamu tidak tahu, tapi aku yakin dengan jelas, setiap kali mendengar lagu ini hati aku mencari, merintih pada dirimu