Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang atau sesuatu yang bernyawa apabila sampai ajalnya dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala Yang kamu kerjakan (QS. Al-Munafiqun : 11).
Assalamualaikum.
Aku baru sahaja selesai dari hospital.
Pelbagai rasa ku rasai dalam malam ini.
Aku seolah olah tidak percaya, bahawa dia pergi buat selamanya.
Post aku mungkin agak panjang. Sebab aku sendiri tidak ada point utama. Aku cuma mahu menulis betapa kehilangan seseorang yang sangat rapat dalam jiwa kita tidak semudah di sangka. Sedangkan melihat aktor mati dalam drama sudah buat aku menangis semahunya, apatah lagi di dunia nyata.
Aku mengenali arwah seawal Jun 2010. Ketika itu, aku masih ingat bahawa aku salah seorang fasilitator untuk minggu orientasi arwah. Jujur aku tidak mengenali arwah sangat ketika itu. Namun, seminggu selepas orientasi ada satu chat keluar di ruangan facebook
"Hi, nak pinjam buku boleh?" (i dont remember buku apa)
and I replied "Oh boleh jak, ni abang bomb ka?"
"Ya, sia la ini. Nanti kita jumpa depan blok asrama, ambil buku tu ya"
"Okay, jam 4.30 petang la begitu"
Then, for the very first time, both of us met. di hadapan Wisma Mawar. Bagi buku then balik semula ke bilik
And I got new message again "Thank you adik cute. Manis senyuman"
After that, di sana semuanya bermula.
Our first date, macam biasa, siapa saja yang ada dengan aku, confirm terlibat dengan urusan kerja. then dia temankan urus tiket bas, lepastu makan nasi lalap. makanan wajib di tawau. lepas dari tu, kami memang rajin untuk makan nasi lalap dan es teller. menu wajib setiap kali keluar bersama.
Arwah sangat suka makan Burger King dan wajib belah tengah burger tu.
kalau tiada burger king, nak double cheeseburger mcdonald
we share our loves food together
sampaikan ada elaun keluar, perkara pertama, cari makan
Arwah sangat allergik dengan minat aku pada drama korea,
apatah lagi pada fanatiknya aku pada Hello Kitty,
dan warna merah jambu.
Tapi arwah sangat suka ultraman,
sehinggakan aku pernah belikan set ultraman sebagai hadiah harijadi.
kami dua dua sangat suka karaoke,
even dalam kereta,
dari balung ke bandar,
nyanyi melalak sama sama.
our favorite song waktu tu "Aishiteru & Kanda Dinda"
Both of us helping each other masa di IPG.
smua cover fail praktikum aku, arwah yang design.
dan kami sama2 siapkan assignment.
sehinggakan cari soalan spot kami buat bersama
Arwah praktikum di area Merotai,
maka hujung minggu saja kami berjumpa.
itupun untuk urusan urusan kerja.
hubungan kami tiada siapa yang tahu,
mungkin hanya rakan sekelas aku.
alasan arwah "kita datang IPG, untuk study"
dan urusan cinta bukan point utama.
kerap kali aku bertengkar soal ini pada arwah.
sehinggalah arwah tamat pengajian di IPG,
aku masih lagi ada 2 tahun.
arwah janji, 2 tahun selepas aku posting,
baru fikir soal masa depan.
dan aku setuju.
sepanjang arwah menunggu posting,
arwah bekerja di cyber cafe.
ketika ini, aku kesiankan arwah sangat2.
duit tiada untuk makan.
gaji hujung bulan baru ada.
tapi arwah tetap gembira macam biasa
ada kalanya tekanan,
tapi selebihnya hanya kata "sabar. sekejap lagi posting"
seusai keluar posting,
arwah minta aku cek,
dan aku menangis dalam gembira bila dapat tahu dapat Sarawak.
area mana? Baram.
Ampuunnn. dimana area ni. aku sendiri tak tahu.
sepanjang arwah mengurus hal posting,
arwah tak pernah berhenti call, sms dan cerita
dari tinggal d hotel murah,
sehingga jalan kaki ke Imperial Mall,
cari mesin fotostat,
naik jalan berliku,
naik feri
sehinggalah sampai ke sekolah.
ketika itu,
hubungan kami diuji.
dengan tiada line dekat sekolah
aku mulai curiga
aku masih ingat arwah akan call setiap jam 7 malam
so, memang standby dekat handphone
sampai lah satu ketika,
arwah minta aku emelkan surat penting
dan buat pertama kali
dia berikan emel dan passwordnya.
dan pada waktu itu semua berkecai
biar aku seorang sahaja yang tahu,
kenapa dan mengapa.
setahun lebih kami tidak berhubung,
aku kembali dengan dunia ku,
arwah dengan dunia nya.
aku jalani hidup seperti biasa.
normal dan gembira.
sehingga, keputusan posting aku keluar,
dan arwah tanya kepada salah seorang rakan aku,
"Izzatie posting mana?"
and yes, at that moment, aku add arwah semula dalam facebook,
dan kami berkawan macam biasa.
yes, aku anggap arwah seperti kawan biasa.
benda yang lalu, aku biarkan berlalu
aku ada hidup yang baru,
dan aku yakin arwah pun sama.
namun,
tidak semua yang aku fikirkan betul
arwah berkata kepadaku bahawa arwah sudah pergi korea,
tempat yang aku nak pergi sangat sangat
setiap kali nampak hello kitty, arwah ambil gambar
dan send pada aku
dan aku masih ingat ketika birthday aku,
arwah bank in kan sejumlah duit,
dan duit itu aku gunakan untuk belanja rakan rakan
aku sangat kejam
aku ambil kesempatan di atas perasaan arwah.
sedikit pun, aku tidak merasa bersalah
Allah, aku berdosa
ada beberapa ketika,
aku terserempak dengan arwah tapi tidak bertegur,
tapi arwah hantar gambar aku,
tengah sibuk beli barang,
tengah makan
arwah memang stalker terbaik
arwah sempat hantar aku ke airport,
sebab kami sama sama set nak berbaris
untuk dapatkan fridge magnet starbucks drive thru miri
arwah sempat belanja aku makan Fish & Co,
aku masih ingat waktu belajar dulu,
arwah pernah cakap
"ada duit nanti, abang akan belanja makan mahal2"
arwah sempat datang beraya ke rumah,
berjumpa dengan ahli keluarga aku.
berkali kali kata nak beli rumah di miri,
nak menetap di miri
nak selamanya di miri
last aku jumpa arwah,
arwah ambil aku kat rumah.
arwah hantar aku buat urusan di PPD,
kami keluar makan rojak,
tak lama lepastu makan nasi kerabu,
karaoke sama sama,
dan macam biasa
arwah mesti nyanyi lagu Setengah Mati Merindu
dan itulah kali terakhir aku dengar suara arwah.
4 bulan ni aku lost contact dengan arwah,
aku tukar number, arwah tak tahu,
malahan kami juga tidak bertegur sapa di facebook.
mungkin arwah tahu,
arwah mesti move on sebab aku dah ada life sendiri.
namun hari ini,
ketika aku sibuk mencari rezeki,
"Dede, kau tau kah, abang bomb meninggal?"
Ketika itu, aku berhenti drive.
Parking tepi.
Seolah2 dunia aku malap seketika.
Aku speechless.
Aku sambung drive semula
Suddenly, air mata aku jatuh tak berhenti
Aku tak dapat terima
Aku tak percaya
Aku mimpi. Yes, aku yakin aku mimpi
Namun...
Semakin lama detik jam, aku sedar ianya realiti
Aku tetap sambung perjalanan delivery makanan
Selepas itu, aku bersiap siap ke hospital,
dalam deraian air mata,
aku sengaja pilih baju Pink.
sebab aku tahu arwah suka aku pakai warna tu
dan baju itu jugalah kali terakhir aku pakai jumpa arwah dulu
dan baju itu juga aku guna untuk menatap dia di hospital kali terakhir.
Aku tahu,
aku banyak buat salah,
aku mungkin tiada ketika detik detik terakhir arwah,
tapi aku hanya mampu tunggu
di hadapan bilik mayat
sehingga proses selesai
aku mungkin tidak bisa menjadi seperti yang abang inginkan,
tapi aku boleh menjadi kawan yang ada disisi
di perjalanan terakhir abang.
Arwah sentiasa berusaha menjadi anak yang baik,
adik yang baik kepada abang abangnya
menjadi uncle yang yang bagus untuk anak buahnya,
menjadi pendengar yang setia ketika aku ada masalah,
menjadi pemberi idea yang mantap untuk urusan banner aku.
Sehingga saat ini,
aku masih tidak percaya,
dimanakah rakan baik ku ketika aku ada masalah selepas ini?
Al-Fatihah
Mohd Bahrul Azam Bin Mohd Sirat
1982-2017
You always kept your promises…never ever broke them.
You promised that you will be always be there for me.
So I trust that you are watching me from somewhere above,
and will guide me whenever I am lost.
Comments