Skip to main content

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster.

so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya;

bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi.

cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni.

GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya.

GB: Aik? kenapa boleh buat pbs di weston?
Me: my mom orang weston
GB: Siapa nama dia?
Me: Azizah Salleh
GB: rumah nenek kamu yang dekat balai polis tu kan
Me: yeah..sana la tu
GB: ko kenal ka siapa ni?
Me: grrrr *bingung2 saya*
GB: ini nenek ko ni
Me: hehehe :) *buat muka comel* (serius, saya memang tak tahu)
GB: kirim salam sama mama ko nnt aa
Me: Okay.

HAHAHAHAHAH now I know! okay, jejak kasih juga boleh berlaku di mana sahaja tanpa mengira tempat.bahkan di bilik Guru Besar pun hal ni boleh berlaku. dunia oh dunia :D

after jumpa GB, kami semua pergi perhimpunan. okay, seriously, perhimpunan ini adalah antara yang terbaik dan ter-best pernah saya tengok. mereka berbaris dengan satu arahan dari mikrofon saja. tak perlu guru datang pergi urus2 mereka. MC perhimpunan dikendalikan oleh murid. dan mereka ada satu buku khas yang dibuat sendiri sebagai teks MC.

not only that, dalam perhimpunan tu, akan ada seorang murid membaca buku cerita. lepas tu, akan dibuka soalan kepada semua murid. dan mereka akan menjawab. siapa cepat angkat tangan, dia akan ke depan dan bagi jawapan. dan jawapan yang betul akan diberikan hadiah on-the-spot! dan hadiah tu adalah sumbangan dari kelas tertentu.every week akan ada satu kelas yang bertugas untuk sediakan hadiah.

ada juga program untuk kutip derma kasi besar library sekolah. tapi bukan sembarangan mahu kutip tu derma, mesti baca sebuah cerita, atau bersajak atau berpuisi atau apa2 ja baru boleh berikan derma dengan dorang. siapa yang paling tinggi dapat mengutip derma akan diberikan basikal, ada 15 basikal disediakan. dan juga berpeluang ikut cabutan bertuah yang hadiahnya adalah kamus besta.

okay itu saya yang yakin kunun pandai bersajak. time ni ada pertandingan sajak kemerdekaan untuk setiap tahun. saya diminta untuk menunjukkan murid tahun 1 macamana mahu bersajak. hahaha saya apa lagi, yakin lah kan bersajak. entah betul ka tidak, saya tak tahu. at least, saya confident lah nada2 sajak tu ada sikit. hahahahaha :D

mengajar budak2 tahun 1 ni cara bersajak. walaupun dorang ni baru darjah 1, tapi semua friendly berabis. boleh bawa bercerita lagi.sangat adorable dan talkative dorang ni. saya dulu time darjah 1, sangatlah pemalu. orang cakap sepatah, saya jawab separuh patah ;p

aktiviti untuk Hari Kemerdekaan bukan khusus untuk murid semata-mata, semua cikgu wajib untuk melukis poster. so, kami ni dipelawa lah juga melukis bersama. time tu terkebil2 juga saya. ya la, sudah la minor PSV, bikin malu juga kalau tidak pandai melukis. huhu... tapi akhirnya, saya dan Seri give it a try saja la. apa pun hasilnya, yang penting kami ada contribute juga dengan aktiviti sekolah. and its really a new experience!

okay. ini hasil lukisan saya. temanya pokok Malaysia! banyak ni saya punya idea cuma bila saya mahu melukis mesti tidak jadi. last2 begitu lah jadinya. hahahaha budak tadika punya karya lagi hebat kot dari saya. tapi nda pa, yang penting colorful dalam lukisan itu adalah wajib!

saya berjumpa dengan Cikgu Mirzawati. one of the teacher yang ajar PSV.and lucky me, dia setuju mahu benarkan kami ikut dia masuk kelas. yeahhhhh! punya lah saya gembira. at least, saya dan seri dapat juga the real situation macamana mahu ajar PSV kan. cabaran utama ajar PSV ini mungkin adalah dari segi penyediaan alat dan media oleh murid-murid.

then, ngam2 kelas yang kami masuk ni not the top kelas. so, saya suka juga situasi begini. muridnya sangat aktif. memang tak henti bercakap dan bergerak. dan cikgu ni boleh kawal kelas. intonasi suara dia pun kuat. dan cikgu tu ada bagi kami tips juga lah kalau mahu ajar kelas macam ni. and semua itu saya rasa sangat berguna.

Tajuk PSV hari ini ialah Topi Jalur Gemilang. actually saya sendiri pun tidak tahu cara mahu buat topi, dan dalam kelas ni saya dapat belajar new technique. so, ada sudah saya punya idea kalau2 praktikum nanti.yeah!

before bapa seri datang fetch us up, apa lagi,bergambar depan sekolah adalah wajib yer :D

to be continued...................

Comments

ZeLL~LeaH said…
wah~ best nya SBE...hehe
hehehe best juga :)
terutama skolah yg kita pilih tu bagus2 hehe

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan