Skip to main content

Kisah Bina Insan Guru;

mood untuk menulis blog agak lemah sekarang ini. ada banyak saya mahu cakap, tapi semua pun tidak tertulis.balik2 berenang dalam kepala otak ni. at last, tengah saya mengemas2 almari, mood cerita pasal BIG datang tiba2. terus berhenti lipat kain, pergi buka blogspot :)

okay, here it is.

BEFORE PERGI

dugaan yang saya dan kawan2 yang lain memang sangat banyak. tiap malam saya berfikir untuk menyelesaikan semua masalah yang timbul. dari kampung, tempat LDK, tempat untuk majlis perasmian dan penutupan, malam kebudayaan, and so muccchhhh MORE! menjadi seorang pengerusi untuk program seperti ini adalah sangat mencabar!

HARI PERTAMA

I really dont know what to do first. saya mahu urus apa, mahu update kerja siapa. saya betul2 lost! last last saya dengan lucunya pergi ke BLOK KH bersama2 lelaki yang lain untuk mengira khemah,melipat2 kanvas, menangkat semua peralatan. sambil saya buat kerja tu, saya berfikir, betul kah ini kerja yang harus saya buat?

sampai di tapak perkhemahan, perlu urus macam2. berfikir ni apa mahu buat lagi. pasang khemah ka dulu, taklimat ka dulu, urusan majlis sepetang bersama masyarakat kampung ka dulu, saya sangat pening! nasib baik banyak kawan2 yang tolong update semua kerja. kami disambut oleh ketua kampung di dewan koperasi, dan ada beberapa hal yang membuatkan saya dimarah ketika itu.

"awak sangat teruk tadi!"
cukup untuk buat saya semakin lemah semangat mengurus semua ini. tapi saya terima kritikan itu dengan senyuman. saya kuatkan azam. saya tidak boleh putus asa. ini baru hari pertama. jadi saya teruskan kerja saya yang lain dengan senyuman dan gembira bersama kawan2 yang lain walaupun di dalam hati saya sangat berserabut.

LDK pada malam ini berjalan dengan sangat best. saya banyak ketawa dan sangat enjoy mengeluarkan idea. kumpulan penyu saya memang sangat best. hinggakan trademark "Nyu..Nyu..Nyu..." masih kekal di beberapa hati fasilitator kami.

HARI KEDUA

yang ini, awal pagi dah miserable. dah la beberapa kumpulan tidak mempunyai keluarga angkat. so jalan yang harus dibuat, adalah mencantumkan beberapa kumpulan. dan seterusnya membahagikan bahan mentah supaya semua kumpulan dapat makanan yang cukup. dan selepas itu menuju ke rumah keluarga angkat masing2.

perjalanan kami ke rumah bapa Takun Austin memang sangat jauh. rasanya keluarga kami lah yang paling jauh. tapi dek kerana adik beradik angkat saya semuanya sporting dan best, semua itu bukanlah masalah.

sampai di rumah tu, terus menuju ke dapur. while yang lelaki dan Maznah menuju ke kebun bapa angkat untuk ambil durian dan rambutan. saya buat cucur bawang untuk minum pagi, dan untuk makan tengahari pula saya masak kari ayam,Rachel masak ayam goreng rempah dan Ela masak sayur. sempat lagi Rachel buat agar2 rambutan :)

sepanjang berada di rumah keluarga angkat, saya rasa sangat welcoming. tiada sebarang masalah yang saya lalui. memang sangat best! sampai saya boleh tidur lagi tu bersama kawan2 yang lain. tambah2 lagi rumah bapa angkat ada aircond, hahahahaha terus baring2 di sofa ;p

at night, ketika post moterm, baru saya sedar ada satu perkara yang saya lupa buat. saya lupa untuk ambil tiang bendera. dan sudah semestinya acara menaikkan bendera tidak dilakukan. memang Madam Anna tegur berabis,dan time tu saya dah tension. memikirkan dimana saya harus pasang semua bendera itu. :(((

later late at night, ribut sangat dasyat! tapak perkhemahan kami diserang ribut dan hujan sangat lebat. semua berlarian menangkat barang ke kelas. saya sudah semestinya basah seluruh badan. dan kesian sekali kepada Madam Anna, yang kesejukan dan kebasahan.

HARI KETIGA

dek kerana hujan lebat, solat subuh tidak dilakukan secara berjemaah. kami mulakan hari dengan exercise.dan lepas tu sarapan dan bersiap sedia untuk gotong royong. pelajar muslim akan membersihkan surau, pelajar non muslim akan membersihkan library dan dua kumpulan khas akan melukis mural di tandas sekolah.

petangnya, tepat jam 2 petang, kami adakan sukan! yay!! ini sangat dugaan. matahari memang tepat2 di atas kepala, sangat panas berabis. sempat juga kami aerobik tengah panas, then sambung main futsal dan bola tampar. biarpun dalam keadaan yang sangat panas terik tapi saya sangat happy untuk main semua ni.best sangat2. semua orang pun sporting.panas pun main juga :) dan yang paling gembira, kumpulan kami menang untuk kedua2 game, hooooraaayy!!

malamnya, kami ada refleksi keseluruhan. really emo that night. hehe hanya pelajar big pismp sem 4 sahaja tahu apa yang berlaku pada saya malam itu. so, saya malas mahu share sini. then tengah malamnya tu, saya memang tidak boleh tidur. saya sangat risau kalau2 ribut datang sekali lagi. jadi saya decide untuk tidak tidur supaya saya boleh kejutkan kawan2 yang lain bila ribut melanda.

dan tekaan saya betul, ribut memang menjelma malam itu. dan sekali lagi, kami semua bergegas ke kelas untuk menyelamatkan diri.

HARI TERAKHIR

awal pagi, kami buka semua khemah,dan mengemas2 barang untuk pulang semula ke asrama.then LDK dimulakan. dan sangat terharu bila En Hanif meminta semua pelajar yang lahir bulan ogos keluar ke depan. awwww..mereka semua nyanyi lagu happy birthday. sangat terharu, thanks so much guys!

then, sambung ke LDK seterusnya. yang ini antara peristiwa yang tidak akan saya lupakan SAMPAI BILA BILA!! keikhlasan dalam persahabatan menjadi satu isu. orang yang bukan selalu ke depan, berani untuk menampilkan diri buat refleksi. sangat syahdu perasaanya tengok kawan2 yang menangis buat refleksi. sangat touching :(

after that, kami teruskan kepada majlis penutupan, yang ini antara perkara yang paling saya nervous. ya la, saya harus buat ucapan!!! arghhh dah lah saya ni bukan jenis orang formal. dan ucapan saya berlangsung dengan jayanya (rasanya,lah!)

habis semua majlis, kemas sekemas2nya tapak perkhemahan dan kembali semula ke IPG Kampus Tawau. yeaaaahhh~apa yang saya lalui sepanjang perkhemahan kali ini tidak mungkin saya lupakan kerana saya banyak belajar perkara yang mematangkan saya. cara untuk menjadi lebih tegas terhadap keputusan sendiri dan segalanya :)

bersama keluarga angkat dan adik beradik angkat saya :)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh