Skip to main content

en route to Labuan;

mahu teriak ni sepuas-puasnya,
HOME SWEET HOME BEBEH!

okay, saya sudah sampai di Labuan. dan sekarang tengah online dengan jayanya. line wifi laju gila. mahu download apa pun konfem best. dengan cuaca di luar sana lagi hujan renyai2, ditambah lagi dengan rumah yang ada aircond, wahh..syok gila!

so, saya dah tak ada idea nak upload blog, so just a story pasal perjalanan saya menuju ke Labuan. negeri ku tercinta ;)

bergambar sorang2 dalam kereta. haha!! memang saya suka ni bergambar dalam kereta for no reason. sempat lagi mentacap2 muka. sabar jer la kali cik abang yang drive kereta melihat gelagat saya.

actually seat saya belakang sekali. since boleh check in sendiri kan, saya ubah la duduk di tengah2. malas betul saya kalau di belakang tu.walaupun naik MASWINGS,dan pintu cuma ada di belakang, tapi tetap tidak suka juga la.

flight saya sepatutnya jam 735 malam. tapi mungkin disebabkan cuaca yang tidak okay jadi dalam jam 8 lebih baru berlepas. huhu bosan2 pergi ambil gambar penumpang yang lain. tidak juga ramai kan yang balik Labuan. maybe semua orang prefer guna jalan laut

KK sangat hidup pada waktu malam.

kalau naik MAS yang besa, dapat juice kan. kalau MASWINGS, kita akan dapat milo. hehe comel ni. even yang oldies2 pun minum milo dalam kotak.

arrived at Labuan, 845 malam gitu. happy dapat tengok muka my mom, babah dan zana. my mom saya "si cute mama sudah balik" hahahaha..i know saya semakin cute berabis. since saya tidak berhenti makan ;p dan semakin bahagia. dua faktor utama untuk menjadi lebih cute ;p

lepak McD kejap. haha.. di airport KK sudah makan mcD with cik abang. adoiiii dimana2 mcD. tapi tidak lah saya ambil burger lagi. saya just minum strawberry shake. apa apa pun, saya happy sebab sampai sudah di rumah!

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek...

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan...

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...