Skip to main content

Saturday November Outing;

actually, outing arini bukan la aku plan akan jadi outing yang keluar tak ingat dunia, makan dan bergembira dan lupa exam.hampir aku mau batalkan niat juga sebab xda kawan pun mau kuar. but, dalam jam 10pg, Pat ketuk bilik dan cakap dia dan Seri jadi keluar. so, aku pun terus ja la bersiap dan keluar.

apa yang penting kalau sampai bandar, cari tempat makan. belum breakfast lagi. jadi pergi makan di Old Town saja la. paling dekat sikit sebelum sampai betul2 bandar.




lepastu dari makan, terus menuju ke terminal bas untuk urus tiket kawan sekampus balik cuti, singgah bundle untuk patung, singgah kedai yinyin, and so on. lepastu dalam kami berjalan kaki, terlimpas satu cafe yang memang sangat menarik perhatian untuk masuk.

so, kami decide before balik, singgah makan petang disini adalah jalan terbaik. and here we are di Wukka Cafe. serius, tempat ni cantik. macam vintage pun ada juga. selesa,bole baring2 juga.haha~ bole pilih untuk duduk di kerusi atau duduk di lantai saja. depends on our mood.

cafe ni sesuai kepada yang couple2, untuk kawan2 yang mau lepak2 pun sesuai juga. tapi kalau untuk berketawa2 tak ingat dunia tu, macam tak berapa sesuai tempat ni =)



fokus ber-sms ;D

3 orang makan x ingat dunia 


mesti buka kasut~

my fave mulai sekarang. sedaaaaaaaaaap!


balik dengan perasaan puas hati! and now, masa untuk study.
jom berkakai baca buku ekonomi setebal novel =_='

Comments

SRYHNI said…
oh ak dah jatuh cinta ngn cafe tu. especially warna dinding dia. i love yellow! okay mesti pergi sini. dah masuk list dah. (:

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek...

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan...

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...