Skip to main content

Viva is around the corner;


tee-hee, finally laporan kajian tindakan untuk viva sudah siap. persoalannya? perfect kah? haha! sudah semestinya aku confirm dan seyakin yakinnya, 10% saja aku rasa perfect dan menepati cita rasa supervisor dan bakal panel penilai nanti. yang aku ada sekarang ini adalah kebanggaan kepada diri sendiri kerana berjaya menyiapkan semua on-time kunun.

sepanjang menyiapkan laporan kajian tindakan ni, terlalu BANYAK onak dan duri dilalui, tapi semua berjaya di harungi dan di tepis kerana kekuatan emosi dan minda. ececeeehhh. actually, kalau bukan sebab doa ibu bapa dan keluarga, idea dari kawan2, dan teguran dari supervisor takkan lah jadi sampai mcm ni kan. so, entri kali ni aku nak buat penghargaan kepada yang tolong aku secara terang terang ataupun diam diam ataupun tanpa beliau sedari.

yang pertama sekali, keluarga. yang sentiasa bagi aku sumber inspirasi dan menyiapkannya dengan mudah. walaupun ada ketikanya aku menyumpah seranah sebab idea ku tak boleh keluar dengan derasnya. HAHA!

yang kedua kepada Wanti, Rachel, Otai and Seri. yang sentiasa bagi aku idea idea baru. kalau aku tak tahu, aku tanya. pastu dorang bagi jawapan. then begitu juga sebaliknya. dorang tak tahu, dorang tanya aku. tapi if kami tak tahu, selalunya encik Google lah yang membantu. tak pun terus call supervisor. 

yang ketiga for sure untuk supervisor. yang sentiasa bagi teguran. terutama bab penulisan ilmiah. ayat tunggang langgang. ciri ciri bahasa ilmu langsung tiada. bak kata beliau "kau tulis macam kau bercakap" =p apa boleh buat aku ni paling terer pun merapu dalam blog jak. tidak lupa juga kepada Dr Johan yang membantu dalam pembetulan format dan teknikal penulisan. dan kepada lecturer2 yang memberi sumbangan idea on the spot bila aku tanya.

yang keempat, kepada yang bagi aku sokongan dalam keadaan tidak disedari. *wah, ada juga!*

yang kelima, kepada siapa siapa saja lah. 

belum mula pun Viva, sudah siap memberi penghargaan. HAHAHAHAHAHA! sebenarnya, aku rasa bersyukur gila dapat kasi siap semua ni. berapa hari tak cukup tidur. aku tengok some of my friends dah macam zombie. kesian juga. ada yang tak tidur mau sehari lebih sudah demi menyiapkan laporan. ya la, idea mana datang selalu. sekali sudah datang, memang tak boleh stop.

mau mencari idea supaya cukup 50 muka surat satu hal lagi. memang merapu habis lah. harap2 rapuan ku diterima. dengan senarai rujukan perlu ada 30 dan 10 jurnal terkini. perrrggghh, boleh gila juga cari jurnal berkaitan dengan kajian sendiri. overall, memang tak senang siapkan semua ni. as i said dari status facebook baru2 ni; "Tekanan menyiapkan Laporan Kajian Tindakan adalah gabungan semua tekanan semasa menyiapkan SEMUA assignment selama 5 tahun setengah berada di IPG Kampus Tawau". naa status pun dah macam tajuk kajian tindakan. haha

memang demam kajian tindakan betul. sampai lagu gangnam style mau diubah kepada action research style. sampai semua kata kata sekarang ni perlukan kesahan dan kebolehpercayaan. semua yang keluar dari mulut dah perlukan sumber yang sahih. sampai makanan yang dimakan juga di analisis dan di interpretasi bahan bahannya. sangat demam!

sebagai kesimpulannya (naaa.. sampai entri blog pun macam tulis laporan), diharap semua kesusahan ini akan menjadi manis kelak apabila hasilnya memuaskan semua pihak. dan juga for sure, moment macam ni akan aku rindu kelak bila tamat pengajian disini.

grr. syahdu pula ada dalam dua bulan lagi sini. tsk. tsk. =(
bak kata Rachel "tengok gambar pun rindu sudah"
wuwuwuwuwwuuwuwuwuwuwuw

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh