Skip to main content

aku cuma mahu hidup yang 'simple';

aku ada satu impian.
impian bila aku sudah ada kerja,
ada duit, dan segalanya.

aku cuma mahu,
hidup aku 'simple'
ya, 'simple'.

aku tidak mengimpikan sebuah rumah besar mahligai,
cuma sebuah rumah yang cukup untuk aku, dan keluarga aku.
tidak mahu kereta import luar negara,
yang tiap bulan aku kena bayar lebih,
cukup kereta yang mampu bawa aku ke sana dan ke mari.
untuk balik kampung,
untuk kerja,
untuk bersuka ria,
dan untuk apa apa sekalipun.

dari dulu aku tidak mengimpikan duit melimpah ruah,
aku cuma mahu semuanya cukup, tak kurang, tak lebih.
sebab aku terfikir,
mewah hidup masa kini,
akan mewah kah nanti kehidupan aku 20 tahun akan datang?

cakap senang, nanti dapat duit,
mungkinkah aku yang berhabis habisan?
Insya Allah, ini suatu janji,
janji kepada diri,
dan janji untuk masa depan.

aku cuma perlukan duit untuk cukup makan,
cukup untuk berikan kepada ibu bapa,
cukup untuk terapi diri sedikit,
cukup untuk pakaian kerja,
dan sudah pastinya lebih untuk masa depan.

Insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)