Finally, 5 Julai 2013 aku telah selamat melapor diri di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakas, Bakong, Miri. sekolah ini merupakan antara sekolah pedalaman yang dibawah PPD Miri. terletak di area Bakong yang mengambil masa selama sejam lebih dari bandar Miri.
aku tiba di airport bersama mama dengan 50kg barang. haha! gila punya banyak. dah macam pindah rumah. yang menjemput aku dari airport adalah Guru Besar dan kerani sekolah. bersama dengan seorang wakil PPD dan Pegawai KPM. dah lah datang slumber dengan barang banyak, pakai tshirt jeans dan selipar jepun lagi. haahahha malu i
sampai Miri, kami terus ke sekolah. sepanjang perjalanan tu aku tak ada lah nervous sangat. cuma excited nak sampai dan nak tengok macamana lah kehidupan aku lepas ni. Alhamdulillah selepas melalui jalan gravel, jalan tar, jalan gravel, jalan tar balik, jalan gravel balik baru lah sampai sekolah.
pertama sekali, aku tarik nafas, cium udara sana. oh, belum ada pencemaran. yeah hahahaha! letak barang kejap dalam rumah, tengok apa yang kurang dalam bilik, dan sambung jalan lagi dengan mama turun Miri. oh, maksudnya ulang alik pun boleh la ni dari sekolah ke Miri. phewww. ini sudah bagus. terima kasih Allah.
okay, sekarang aku akan tunjukkan kawasan sekolah aku. tak besar. comel comel je. kecik =D
yang pintu oren tu adalah Bilik Pemulihan, dan sebelah kelas Tahun 2 |
ini adalah tempat perhimpunan tiap pagi, kat bawah adalah pra sekolah, sebelahnya ada Bilik Guru manakala di atas kelas Tahun 4 dan Tahun 5 dan juga perpustakaan yang bergabung dengan Bilik SPBT |
bangunan bersimen ni adalah kelas tahun 6, tahun 3 dan tahun 1 |
padang sekolah. depan rumah aku. kecik kan. macam aku kata, comel :D |
ini adalah bilik aku. pasang tikar baru, pasang langsir baru, haha bilik aku tak ada jendela. so habis lah bertampal dengan plastik jendela aku.dan jadinya kalau tengahari, perggghhh macam oven |
inilah meja bekerja aku. haha menggunakan kotak. |
inilah murid murid saya. comel kan |
and that's all from now, nantikan update aku every weekend. weekdays susah sikit nak update apa2, line tak kuat.
wish me luck!
Comments
it much better now than year 1990..