aku sudah berusia 24 tahun pada hari ini. wah. tak sangka. macam dewasa sudah aku. erm, actually sudah dewasa pun. sebab sekarang aku sudah melalui zaman zaman bekerja dan bergaji sendiri, and so on. tahun ni nothing special jadi. tiada kek, tiada hadiah, just wish bertubi tubi dari facebook, and that's it.
encik boyfie juga bukanlah orang yang wish aku tepat pada pukul 00.00malam. haha kerana ketika itu beliau bertugas dan tidak boleh pegang telefon dan call. but he did wish me pukul 4 pagi lepas balik dari kerja, siap nyanyi2 lagi, and so on, and honestly, mmg tears mengalir juga lah. so terharu =')
suppose to, dia balik malam ni, tapi kerana tugas,dia terpaksa postpone. memang la stress dan kecewa a lil bit, sebab aku ada kenduri esok, kenduri yang kami plan lama sudah mau buat kalau ada gaji, even kami ada baju raya yang sama colour, tapi, kadang kadang, apa yang kita rancang, tak akan jadi juga kan. sangat tabik spring lah kepada bini bini, dan anak anak kepada orang yang kerja dalam bahagian keselamatan. sebab sometimes, ada saja urusan negara yang perlu diurus terlebih dahulu berbanding urusan peribadi.
haih.
mengeluh kah aku?
tidak lah. aku sedang beradaptasi dengan situasi itu.
HUAHUAHUAHUA
hari ini macam biasa. bangun lewat sperti biasa sebab on call sampai jam 6 pagi. HAHA lepastu bangun, masak lunch ayam mayones dan juga taufu jepun. and online kembali, balas2 wish bday kepada aku, lepastu aku masak untuk dinner, iaitu;
Ketam Masak Lemak Cili Api |
ketam masak begitu adalah kegemaran aku sepanjang hidup. HAHAHA boleh pula begitu kan. sanggup aku mengharungi allergik aku demi makan. so, aku rasa dengan memasak sajalah perkara yang terindah berlaku dalam hidup aku hari ini.
tapi esok, adalah Kenduri Kesyukuran sempena gaji pertama aku and plus, aku sudah berumur 24 tahun. so yang area Labuan, jemputlah datang yer! tak sabar makanan esok. *makan makan makan saja dalam kepala hotak aku ni*
Comments