Skip to main content

saya kembali;

setahun lebih aku menyepi.

dalam tempoh itu, macam macam aku lalui.
aku hadapi.
aku tangani.

sungguh, aku tidak sangka, begitu kuat sekali diri ini.
berdepan dengan segala dugaan yang Allah berikan.

aku bukan manusia yang baik,
apabila senang, aku lupa akan Allah.
apabila susah, aku kembali kepadaNya.

tidak malukah engkau, zati?

Namun, dengan siapa lagi aku mampu mengadu,
merayu, memohon pertolongan,
kalau bukan kerana Allah.

aku bertekad, untuk kembali menulis,
bukan kerana nama,
bukan kerana popular.

tapi untuk refleksikan diri, 
agar aku sentiasa berpijak dibumi yang nyata.

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)