Skip to main content

aku pilih untuk sendiri;

Aku pilih untuk tutup dunia aku dari semua,
bukan kerana aku benci,
bukan kerana aku terkilan,
jauh sekali aku memusuhi.

tapi, aku rasa bila masalah datang menerpa,
yang ada cuma aku dan Allah sahaja,
yang lain, tiada.

jujur aku kata, aku kosong,
aku sepi,
tiada tempat mengadu sesama manusia,

namun,
aku punya Allah
yang Maha Mendengar dan Maha Memahami,

setiap denyut nadi,
nafas,
mendengar apa yang aku perlu.

maafkan aku semua,
bagi aku masa,
untuk kembali,
kerana di saat ini, aku cuma perlu kekuatan,
untuk dikutip sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)