Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Tersimpan rapi;

dunia aku tidak seindah yang lain. namun ku isi dengan hal kerja, hal murid, hal perniagaan, di dalam lubuk hati aku, ada nama yang terisi, ada hati yang kuingini. namun, aku sedar dan pasti. bahawa ianya tidak semudah itu. ianya bukan seperti itu. lalu, aku simpan rapi, agar tiada siapa yang tahu. lantas, menjauhi prejudis, melarikan diri dari salah faham

Always, Selamanya;

Lagu ini, Perasaan ini, Kekal selamanya. Mungkin kamu tidak tahu, tapi aku yakin dengan jelas, setiap kali mendengar lagu ini hati aku mencari, merintih pada dirimu

Mimpi Ku Adalah Kamu;

terima kasih, kerana muncul dalam mimpiku. itu sudah buat aku gembira, kerana sekurang-kurangnya, aku dapat melihat dirimu dari mimpiku. walaupun engkau sering muncul dalam hidupku, seolah olah ada yang perlu aku selesaikan, namun aku tahu dan pasti, masa akan menentukan segalanya. buat masa ini, biar aku dan kau, bertemu dalam mimpi.

kekal melangkah, terus pergi;

sudah hampir setengah tahun, ianya berlalu. setiap hari aku berdoa, aku diberikan kekuatan, untuk terus utuh dengan keputusanku walaupun ada ketikanya, aku rebah, dan berputus asa. namun, kerana kebahagiaan diriku, dia dan orang lain, aku memilih untuk terus kekal dan keputusan ini. semoga apa sahaja yang ada waktu ini, menjadi keputusan yang paling tepat. setidak-tidaknya untuk membahagiakan orang yang lebih layak.

Kebenaran Penipuan Hatiku;

apa yang aku tulis di Facebook, Instagaram kebanyakkan adalah salah satu cara untuk aku tutup kebenaran. Kebenaran berkaitan soal hati. dan segala apa yang ingin aku perkatakan dengan jujur, aku tulis bait bait kata itu dalam blog. sebab aku yakin dan pasti, hanya yang benar benar ingin mengenaliku, akan baca blog dan mengikuti segalanya. terima kasih, kerana menjadi salah satu ruang untuk aku berkongsi rasa. anda tahu anda siapa. anda pembaca setia ku.

teruslah menjadi baik;

setiap hari, aku berdoa, agar aku mampu terus menjadi yang lebih baik, baik kepada sesiapa pun, agar bisa menjadi inspirasi kepada yang lain. agar aku dikurniakan orang yang baik baik, di kiri dan kanan, yang bersama ku menuju kehidupan hadapan.

Kehadapan Masa Lalu, Silakan Baca;

ada satu hal yang berlaku di masa lalu, yang aku sia siakan, kau pernah, terlepas cakap, lantas menghancurkan sesuatu? aku pernah. dan sampai sekarang aku yakin dan pasti, dia masih pegang kata kata itu. kata kata yang aku ucap separa sedar, sedikit pun bukan niat ku. namun, kerana kata kata itulah, aku yakin dan pasti, cinta itu terkubur begitu sahaja, sungguh, seperti salah untuk ingat semua itu kembali. namun, kerana perkara itu lah, aku rasa aku tidak pernah move on, tidak pernah lepas, tidak pernah mahu untuk pergi, tidak pernah berani untuk melupakan. kamu, asal saja kamu tahu, sekalipun sudah bertahun lamanya perkara ini, kamu SALAH FAHAM. dan aku yakin dan pasti, kamu tahu, bahawa aku sedikit pun tidak terniat, untuk mengeluarkan kata kata itu, pada malam tersebut.

Penghapus Dosa;

ada yang kata, apa yang berlaku kepada diri kita pada hari ini, detik ini, merupakan balasan kepada dosa yang telah kita lakukan dulu. ya, aku yakin dan percaya ianya adalah benar. apa sahaja yang berlaku sekarang adalah cara cara Allah bersihkan dosa aku yang terdahulu. redha, dan percaya, disebalik semua ini, ada hikmah di hadapan

Cinta, Aku Menyerah;

Kali ini aku mulai berhenti Berhenti tuk mencintaimu Telah ku coba untuk bertahan Aku semakin terluka Sebenarnya ku tak ingin berpisah Namun hati tak bisa menerima Terlalu dalam kau lukai hatiku Tak sanggup lagi bertahan Cinta aku menyerah

silent reader;

hi silent reader! Terima kasih kerana menjadi pembaca setia, nukilan, bisikan hati, diari kehidupan. tiada apa yang dapat ku kongsikan secara tersurat. semua ku ceritakan dalam bahasa yang tersirat agar apa yang ada di dalam hati kekal menjadi rahsia