Skip to main content

Kehadapan Masa Lalu, Silakan Baca;

ada satu hal yang berlaku di masa lalu,
yang aku sia siakan,

kau pernah, terlepas cakap, lantas menghancurkan sesuatu?
aku pernah.
dan sampai sekarang aku yakin dan pasti,
dia masih pegang kata kata itu.

kata kata yang aku ucap separa sedar,
sedikit pun bukan niat ku.
namun, kerana kata kata itulah, aku yakin dan pasti,
cinta itu terkubur begitu sahaja,

sungguh,
seperti salah untuk ingat semua itu kembali.
namun,
kerana perkara itu lah, aku rasa aku tidak pernah move on,
tidak pernah lepas,
tidak pernah mahu untuk pergi,
tidak pernah berani untuk melupakan.

kamu,
asal saja kamu tahu,
sekalipun sudah bertahun lamanya perkara ini,
kamu SALAH FAHAM.

dan aku yakin dan pasti,
kamu tahu,
bahawa aku sedikit pun tidak terniat,
untuk mengeluarkan kata kata itu,
pada malam tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)