Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang atau sesuatu yang bernyawa apabila sampai ajalnya dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala Yang kamu kerjakan (QS. Al-Munafiqun : 11). Assalamualaikum. Aku baru sahaja selesai dari hospital. Pelbagai rasa ku rasai dalam malam ini. Aku seolah olah tidak percaya, bahawa dia pergi buat selamanya. Post aku mungkin agak panjang. Sebab aku sendiri tidak ada point utama. Aku cuma mahu menulis betapa kehilangan seseorang yang sangat rapat dalam jiwa kita tidak semudah di sangka. Sedangkan melihat aktor mati dalam drama sudah buat aku menangis semahunya, apatah lagi di dunia nyata. Aku mengenali arwah seawal Jun 2010. Ketika itu, aku masih ingat bahawa aku salah seorang fasilitator untuk minggu orientasi arwah. Jujur aku tidak mengenali arwah sangat ketika itu. Namun, seminggu selepas orientasi ada satu chat keluar di ruangan facebook "Hi, nak pinjam buku boleh?" (i dont reme