Skip to main content

Minggu yang sibuk dan padat;

Minggu ini adalah minggu yang sangat sibuk buat saya. namun, saya harap saya tidak akan mengeluh jauh sekali mahu marah-marah pasal kesibukan saya.

1) 3 hari 3 malam ni, kami ada Bengkel Bahas. dan saya in charge bahagian makanan, ya. memang kerja saya jaga makan minum orang ja ni. *ciri2 isteri pilihan* wakakakakakakka

2) start jumaat petang hingga ke ahad petang, kami ada Kem Team Building JPP. nasib baik di kampus sendiri saja. tapi jadual nya, punya pack macam MPPB bah. harap2 dapat manage masa dengan baik.

3) sekarang kelas kami sibuk buat Audit Hijau. jadi mahu mengedar borang responden kepada semua pelajar. ada berapa ratus responden di blok kuliah ni. mati la ni mahu menganalisis semua data. harap2 lah dapat kasi siap semua kerja ni dengan baik.

4) walaupun ada kalanya, saya cuba positif dengan semua perkara, kalau sudah kesibukan saya memuncak, dengan sedikit pressure, saya tetap kecundang juga. tetap juga keluar air mata sebab kecewa dengan diri sendiri. kecewa dengan cara saya bekerja. kenapa lah saya cuai betul. saya ambil masa menangis dalam setengah jam, dan cuba tenangkan diri dan sambung buat kerja.

5) saya nak ucapkan terima kasih juga kepada semua kawan2 yang sentiasa ada dengan saya bila mana saya sibuk dan perlukan tempat untuk mengadu. untuk keluarga tersayang, yang faham dengan kesibukan saya, terima kasih. Nana sayang kamu semua. tidak sabar sudah mahu balik Labuan ni.

sampai di entri seterusnya, jaga diri semua. yang sibuk dengan komitmen masing2, kuatkan semangat :)

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)