Skip to main content

will take a break;

blog ini akan kembali seperti biasa bila masa yang sesuai. saya ingin masa untuk diri saya sendiri. fokus kepada komitmen saya sebagai seorang JPP dan sebagai pelajar. sejak akhir-akhir ni saya lupa untuk sayangi diri saya sendiri, sebab asyik sibuk memikirkan hal orang lain.

jadi sudah tiba masanya saya melarikan diri dari semua ni. saya delete facebook saya, saya hentikan penulisan saya di blog, saya tutup semua handphone saya, sebab saya mahu dunia saya yang betul-betul. saya mahu cari diri saya yang hilang dulu.

kesihatan saya tidak terjaga sehingga saya sendiri yang menerima padahnya. saya yang akan menanggung semuanya sehingga ke akhir hayat saya. saya yang merasa semua kesakitan. saya yang sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan. saya seorang insan yang berpenyakit.

izinkan saya pergi dari semua ini, kerana selagi saya aktif di alam maya ini, selagi itu hati saya tidak akan tenang. assalamualaikum dan jaga diri semua.


Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)