Skip to main content

pernah dengar kucing mengembek?;

hoi duhai mata ku yang cantik sebab minum innershine, cepatlah dikau tertutup kerana daku dah menguap lebih dari sedozen kali, tapi dari tadi belum juga tertutup. ahhh..memang mata ku tidak sporting sungguh. dalam kelas, berabis mahu tidur, time2 gini la pula susah mahu tertutup, padahal tadi berabis main bola baling dan bola jaring sampai tercungap2. nasib baik tak asma. kalau tak, terpaksa cari lelaki yang hot body dan sexy untuk buat CPR. muahahahah.. okay, ayat getek!

eh, kamu perasan tak saya buat statement yang saya penat bermain bola baling dan bola jaring? yaaa... mesti terkejut kan. sejak bila saya yang comel lagi bulat ini sibuk bermain petang2. okay, sebelum kamu mengutuk daku, sambil mentertawakan saya, meh sini, saya buat explanation.

saya bersukan untuk kuruskan diri. SALAH!
saya bersukan sebab nak mengurat semua lelaki2 hot di padang. LAGI SALAH
saya bersukan sebab saya rasa itu penting. GRR..AYAT SKEMA. SALAH!
saya bersukan untuk buang boring. ADA KEBENARAN SIKIT
saya bersukan sebab classmate saya ada match isnin ni. so tolong dorang latihan.100% BETUL~

memang sangat penat tadi. dah la tak ada stretching. konfem bangun nanti, semua sakit2 pinggang, kaki semua. itulah iklan susu anlene di tv dikasi ketawa, sekarang tulang rapuh, sapa punya salah? gara2 nda minum susu la tu!

saya sebenarnya kan tak dapat update blog ni betul2 lah. bilik saya dah gelap gelita. cuma ditemani oleh lampu laptop sahaja. dan, yang paling malas, banyak la juga serangga hitam2 ni terbang ke sana ke mari. apa ko fkir ini flying fox?? ini taman permainan dikau???? weeiii..tension la macam ni. nasib baik ko serangga, kalau tak, dah ku bawa dikau berkarate sekarang ni.

okay, sepatutnya saya harus pergi tidur. sebab saya kan pentingkan penjagaan muka. nak jadi awet muda. bluuuuuuuwwweeeekkk...muntah2x..statement kin galik.. sebenarnya esok saya ada dating, so muka harus comel dan fresh (behhh, ini lagi tipu semata-mata), actually kena bangun awal esok sebab dah jadi dengan dayah mahu breakfast maggi kari sama telur jam 8 pagi ba. takut nda bangun pla.

entri ditutup dengan serangkap pantun;

cau cin cau,
mari minum cincau,
di kedai si cin
bersama si cau.

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek...