ya. saya sangat suka tengok sinetron. di kala semua orang bertungkus lumus buat assignment, saya angkat beg, laptop dan juga bantal ke bilik TV. dan tidak dilupakan membawa sepaket white coffee sebagai kekuatan saya supaya tidak tidur dari melihat sinetron.
temujanji sinetron saya bermula jam 2. cerita Safa dan Marwah dan disambung dengan Cahaya. tidak boleh miss, okay! assignment saya masih lagi berlambak tapi untuk lepas dari tengok sinetron, it's a NO for now.
menonton sinetron buat emosi saya turun dan naik. kejap saya marah, kejap saya ketawa, kejap lagi saya bersedih. semuanya sendirian. macam orang gila pun ada juga ni. tapi, saya sebenarnya malas mahu tension2 bah fikir semua assignment yang memang banyak gila tu.
kenapa ya, sinetron ini seperti dadah buat saya? sedangkan banyak bah jalan ceritanya yang tidak logik. saya sendiri pun kadang kala blurr tiba2 jalan cerita nya menjadi sangat drastik dan sadis. heroin pasti akan mendapat masalah seperti sudah jatuh ditimpa tangga,dan seterusnya digilik steamroll dan hancur berderai, dan masih lagi tabah dan tidak melawan dan meletakkan semuanya kepada takdir semata-mata.
not only that, yang hero tu pastinya memang akan cinta mati lah. romantis la kununnya. sanggup melakukan apa sahaja demi yang tercinta. gunung daik bercabang tiga pun sanggup didaki,tujuh lautan sanggup direnangi untuk mendapatkan cinta. omaigod, semua itu tiada di realiti okay. nada la ba orang sanggup cinta mati sekarang ni.
watak antagonis jangan cakap lah, confirm paling jahat, zalim dan kejam.sampai tengok cerita pun memaki2. kin geram betul kan.tapi watak jahat akan sampai habis la jahat. kalau ada 300 episod, jadi 300 episod tu jugalah dia jahat dan menyimpan banyak dosa. haha sampai saya terfkir, eh, ada orang juga jahat begitu di dunia ni?
tapi se-LAME dan se-KLISE mana pun sinetron ini, kenapa saya tengok juga sampai saya yang belum tukar baju kurung ni, sanggup bertenggek di bilik TV sorang2? eh, tak lah sorang2, ditemani oleh dua orang kakak cleaner yang memang die hard fan sinetron juga ni. sebelum ni, kalau jumpa dorang, senyum ja, sekarang ni, kalau jumpa, boleh cerita lagi sambil mengutuk hero dan heroin. see, betapa hebatnya kuasa sinetron ni, boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia
okay, habis dah sinetron kegemaran saya untuk hari ini. nak mandi kejap. nak cuci rambut. dan datang balik semula ke bilik TV.sambung buat assignment (itupun kalau ada kerajinan), dan untuk makan malam, im not sure, nak makan apa, sebab tahap kemalasan saya untuk ke kafe sangat tinggi, apa kata saya diet jer malam ni ;p
Comments
nada bajet ba skrg ni hehe