Skip to main content

Practicum Diary: Day 09;

sorry baru ter-update blog. semalam agak busy kerana mencari idea dan teori untuk menyiapkan roda impian aku sampai blog ni dibiarkan begitu sahaja. so, just update sikit dan share apa yang berlaku kelmarin. awal pagi lagi, aku sudah dapat jadual ganti kelas. so, aku kena masuk kelas 5 Progresif, which is aku rasa sangat menakutkan, dan terfikir2 apa mahu buat. ya la, kelas ni memang nakal dan memang dorang tak takut juga kalau aku marah. mahu bawa pergi Pusat Sumber, dari pagi lagi dorang di sana, takkan di sana lagi mereka di jeruk. pastu, nasib baik ada aktiviti kena bagi, jadi aku rasa ada juga idea apa mahu buat di kelas dorang.

masuk saja kelas, masih banyak murid bertempiaran, masih berlari2 di luar kelas, terpaksa la aku panggil2, walapun dorang tak dengar apa aku cakap. malas mahu cerita banyak pasal kelas ni, sebab memang hilang suara sama naik darah juga ;p

jam 1135 kelas aku di 4 Bestari untuk Kajian Tempatan.
set induksi: okay!
langkah 1: okay!
langkah 2: okay tapi memang tak cukup masa. sebab dorang perlu buat folio. lepastu, kena betul-betul ingatkan dorang untuk kerjasama. walaupun aku sudah bagi2 kerja untuk setiap murid dalam kumpulan tu, tetap dorang tak dengar. terlampau banyak mahu jadi ketua. haha itulah pasal
langkah 3: okay!
penutup: okay! kumpulan yang menang dapat hadiah

overall, aku rasa semua okay. puas hati.cuma lepas ni masuk kelas, aku yang akan pilih siapa ketua dorang. kalau tak, memang berebut lah dorang mahu membentang, mahu ambil barang. aduh! 

Comments

Popular posts from this blog

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...