Skip to main content

Practicum Diary: Day 10;

akhirnya roda impian aku siap juga walaupun cacat. wahahah tapi yang penting boleh pakai. bawa saja masuk bilik guru, guru2 lain cakap, habis la ni nanti kalau rosak dalam kelas nanti. haha and they're right! memang tercabut arrow ni roda impian di kelas tadi. haha tapi tak apa yang penting mereka semua enjoy dengan permainan tu.ivit 

before masuk kelas, murid aku datang pergi bilik guru, tanya apa lagi yang aku bawa hari ni, apa lagi aktiviti dorang akan buat. sabar saja lah aku. terpaksa aku cakap "sabar, nanti cikgu masuk juga kelas kamu tahu la tu". 5 minit lagi sebelum masuk kelas, aku pun mengangkat lah semua barang pergi kelas. dorang time tu di library, nampak saja aku, berebut lah pula mahu angkat semua barang. aiyahh... tapi tak pa, bagi saja lah tu barang biar dorang angkat.

untuk set induksi aku buat game SEVEN UP, STAND UP. mereka semua pun enjoy. lepastu baru main game RODA IMPIAN, hahaha time ni chaos berabis sampai arrownya tercabut. sebab dorang pusing ya ampun semangat betul. lepas tu baru main kad BANG! then baru buat TEKA APA SAYA BUAT. haha lucu juga lah,terutama bila melakonkan watak merosakkan tanaman jiran. so funny plus cute.

aku paling puas hati dengan pengajaran aku hari ini. yeah! =) then aku bagi hadiah kepada group yang menang, walaupun cuma coklat murah tapi dorang sangat hargai. sampai jumpa aku, dan cakap terima kasih lagi. terharu eh. 

The Roda Impian cacat! =p
hadiah mereka terpaksa di simpan dalam beg supaya tak kena lihat2 oleh anak murid nanti
dia datang pergi bilik guru untuk mengacau roda impian ni
my favorite student dalam kelas 5 Inovatif
after dari kelas tu, aku masuk semula ke Bilik Guru untuk siapkan RPH next week. then dua orang murid aku ni datang pergi bilik guru untuk mengacau aku as usual. yang sorang balik2 pergi main ni roda impian. while yang sorang tu lagi pergi jumpa aku dan cakap "cikgu, saya dengar cikgu mahu belanja saya", tak pernah la aku janji mahu belanja dia ni. haha pandai-pandai betul. then dia keluar masuk kelas. sebelum balik dia singgah lagi di bilik guru jumpa aku untuk cakap byebye sampai si Seri cakap dia boyfriend aku di sekolah. hahaha sabar saja la. 

and oh, next week last mengajar. sebab minggu ke-4 kami praktikum mereka ada ujian. argh, sedih pula =(

Comments

alia said…
hai izzati.
aktiviti yang awak buat utk day 10 tu sgt menarik.
boleh dikongsikan x langkah2 buat aktiviti tu?sgt tertarik.aktiviti tu utk psk ke?
ada emel x? nnt sy emelkan smua aktiviti ni berserta cara2nya k.
alia said…
thank u kerana sudi kongsikan aktiviti yg awak buat ;)
my email : aa_nurul15@yahoo.com
Az said…
slm,,, aktiviti yang menarik. Bole share dgn sy gak? hehe

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya