Skip to main content

saya wanita LEO;

Wanita leo merupakan wanita yg sangat yakin diri, apabila berjalan mereka seumpama ratu dan seperti tidak ada org lain di sekitar mereka. Mereka akan berhias mengikut cara mereka tersendiri dan tidak bergantung kepada mood. Jangan menghadiahkan mereka baju yg murah dan tidak mengambarkan kredibiliti, kerana mereka akan membencinya. Mereka sukakan aksesori yng pelik dan unik kerena mereka suka untuk tampil berbeza. Mereka merupakan wanita yg anggun, memiliki karisma yg hebat, maka anda sepatutnya bersedia menghadapi persaingan. Mereka merupakan wanita yg sangat percaya diri jadi jangan anda cuba menentang kepercayaan diri mereka. Jika mereka marah, kemarahan mereka adalah seperti ribut dan mereka juga mampu untuk menjadikan diri mereka innocent seperti kucing. Mereka gemar mengingati kenangan yg indah, jadi sekiranya anda menjumpai album yg penuh dengan gambar-gambar bekas kekasihnya, atau pun surat cinta yg boleh membuatkan anda muntah, jangan ambik terlalu serius kerana itu memang sifatnya.

so, is it true about me? let's see;

#1;Wanita leo merupakan wanita yg sangat yakin diri, apabila berjalan mereka seumpama ratu dan seperti tidak ada org lain di sekitar mereka
= kenyataan nya YA. tapi bukanlah aku feeling Ratu. cuma kalau aku berjalan tu, memang bukan jenis tengok kiri dan kanan. tengok depan, dan cepat mau sampai. sebab tu aku jalan laju semacam and memang pelik the way I walk. haha

#2; Mereka akan berhias mengikut cara mereka tersendiri dan tidak bergantung kepada mood. 
= yang ini pun betul juga. even dalam mood stress, marah or kecewa, aku akan berhias ikut suka saja. biar sedih, tapi kadang2 baju yang dipakai tetap warna yang ceria2.

#3;Jangan menghadiahkan mereka baju yg murah dan tidak mengambarkan kredibiliti, kerana mereka akan membencinya
= rasanya, tidak untuk yang ini. sebab if orang bagi baju aku ambil saja. tapi tanya my mom la.sebab dia yang tau pakaian macamana yang aku suka.

#4;Mereka sukakan aksesori yng pelik dan unik kerena mereka suka untuk tampil berbeza. 
= yes! apa apa yang pelik, dan berbeza dari orang aku suka. aku ni ada pattern pelik sikit, if ramai orang suka benda tu, i will said no. selalu aku pakai benda yang dan aksesori yang memang bukan pilihan orang ramai =p

#5;Mereka merupakan wanita yg anggun, memiliki karisma yg hebat, maka anda sepatutnya bersedia menghadapi persaingan
= aku anggun? jauh sekali. sebab aku la orang yang paling banyak karakter budak2. and so, karisma2 ni memang tiada dalam diri la =')

#6;Mereka merupakan wanita yg sangat percaya diri jadi jangan anda cuba menentang kepercayaan diri mereka.
= untuk ini, depends juga dengan situasi. tapi selalunya memang yakin2 diri biar salah wakakakakkaka

#7;Jika mereka marah, kemarahan mereka adalah seperti ribut dan mereka juga mampu untuk menjadikan diri mereka innocent seperti kucing
=aku jarang mau marah, tapi sekali marah tu sandi juga la. memang cakap lepas saja. dan cepat juga reda. tak juga aku mara sampai lama betul

#8;Mereka gemar mengingati kenangan yg indah, jadi sekiranya anda menjumpai album yg penuh dengan gambar-gambar bekas kekasihnya, atau pun surat cinta yg boleh membuatkan anda muntah, jangan ambik terlalu serius kerana itu memang sifatnya.
= WAKAKAKAKAKAKA yang ini jangan cakap la.aku memang orang yang begini. bukan tak move on, tapi selalunya aku cherish moment dulu2 ni. event present, or card, or maybe tiket wayang, or anything yang relate dengan bekas kekasih, aku masi simpan lagi.buat apa juga mau buang kan =D

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)