Skip to main content

Farewell Dinner Semester 8 Pengajian Sosial;

sebelum ai meneruskan cerita dalam entri ini, ai nak membuat pengumuman bahawa entri kali ini ada banyak gambar. ikutkan hati aku nak upload semua gambar yang 1GB tu ke dalam blog, tapi memandangkan ada limitasi,maka niat itu dibatalkan. haha susah tau nak pilih gambar2 mana yang penting dan sesuai, macam semua pun penting.

ok let's start bebeh!

sedia

1,
2,
3.

pitttttttttttttttttttttttt (bunyi wisel)

heh. mula la ba. kau fikir ini larian 4x100m ka? =="

ini adik2 junior semester 6 =)
ini girls2 dalam kelas aku pula. muka2 semua tak sabar mau posting di pedalaman wakakakakka
ini meja rojak nama nya. ada sem 8, sem 6, dan sem 4. integrasi gitu meja ini
lecturer yang sudi hadir meraikan dinner ini. tq encik encik sekalian.
Encik Anuar Bin Ahmad. Ketua Jabatan kami yang rockers sekali.
Encik Santhiran Arumugam is our ex-lecturer. tapi  tetap dijemput sebab beliau pernah mengajar kami
this is me. aku yang kat belakang tu. bukan yang duduk pula. itu Encik Sandy. wakil bagi ucapan. haha naaa berhelai2 kertas ucapan aku. haha sumanngaaaatt. kertas A4 lagi. mana mau cari? gara gara ucapan ni aku nervous sampai aku tak makan dengan banyak. rugi =( sampai asrama, makan puding mangga dalam plastik macam makan nasi. hahaha
antara aktiviti malam itu ialah karaoke. wakil pensyarah, Encik Ghazali sedang menyanyi
gambar gorgeous we all. puiiiiiiiiiii gorgeous la sangat =="
inilah muka2 yang diraikan. the classmate!
pelajar2 Pengajian Sosial dari segenap semester
lastly, gambar ai. hahaha saja letak kat bawah2. surprise gitu.  memang ai gemok, so tak payah  mention. ai sedar diri. that's why ai guna kaler hitam. hahahaha kalau tak ai dah pakai kaler kuning, merah dan hijau. boleh juga ngade2 malam tu jadi traffic light. hahahaha
dikesempatan ini, nak ucapkan terima kasih kepada beberapa peneraju utama untuk dinner itu (wah, dah macam artis) ehem ehem actually dulu kan memang nak jadi artis pun. masa sekolah rendah dulu, time ai masih kurus dan comel, bila cikgu tanya dah besar nak jadi apa? ai dengan yakin kata "aku mau jadi pelakon, penyanyi, dan pembaca berita" hahaha ambik kau! semua cita-cita yang terlampau bombastik merepantastik bah. bah, kembali kepada dedikasi terimakasih

#1; kepada abah kerana bayarkan dinner ini. huahuahua tanpa $$$ mana dapat pergi kan

#2; kepada junior2 ku, terimakasih kerana idea untuk meraikan kami. sob sob sob. terharu tau. berguguran airmata (sambil lap2 hingus ke baju, hahaha)

#3; kepada lecturer yang sudi datang malam itu. lagi terharu triple double. (sambil meraung2 dan hentak2 kepala ke dinding dek kerana terlampau lah terharunya tu =p)

#4; kepada Rachel dan Seri untuk dress malam itu. kamurang jua la penyelamat masa masa emergency daku!

#5; kepada Alvera untuk make up pada malam itu. haha tak nak make up sendiri sebab nanti muka macam pergi kuliah, siap eyeliner jatuh2 lagi. haha

#6; kepada yang bagi hadiah masa exchange gift, i don't know who you are, tapi hadiah akan ai simpan sampai bila bila. ahaii kenangan ba itu.

#7; kepada IPG Kampus Tawau kerana kesudian memberikan kami bas untuk bergerak ke hotel.

#8; kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan dinner itu. terimakasih banyak2. i love you all (hahahahahaha, bluweekk nada2 bah ayat ni)

the dinner was simple tapi seriously having fun sangat sangat! malam tu semua pun sporting suruh nyanyi ramai2 pun, nyanyi juga. suruh menari pun, ok saja! sebab aku tahu student2 kajian sosial ni memang semua sporting dan fun berabis! as i said dalam farewell speech; KS ROCK BEBEH!






Comments

Popular posts from this blog

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...