Skip to main content

Jom Sarapan!;


aku selalu berpegang kepada prinsip 'sarapan itu penting'.

dulu masa awal awal masuk kampus, aku tak jaga sangat sarapan aku. aku datang lambat ke kuliah dan akan makan bila aku rasa lapar. dan kesan daripada tu, gastrik aku semakin teruk. teringat zaman awal tahun pengajian, macam setiap minggu memang gastrik, sampai satu tahap, masa camping Bina Insan Guru pertama aku sampai pengsan lagi. memang sakit, sangat sakit!

sejak daripada itu, aku memang jaga sarapan. sanggup bangun awal, bersiap ke kuliah, untuk singgah di Medan Selera. paling bersemangat setiap hari untuk sarapan. ceh bagus kalau bersemangat ke kuliah kan. ini makan pula number one. memandangkan kampus aku punya medan selera super duper best, sarapan pun banyak pilihan. rambang mata. 

kalau sabtu ahad tu memang paling ter-skip la breakfast. ya la, kafeteria kami buka tengahari ni kan. tapi kalau dirumah, kalau bangun awal tu breakfast la, kalau lambat, tarus la lunch. lepas tu satu hari perut tak selesa. haha! siapa suruh skip breakfast =="

tapi the best thing pasal breakfast ialah; makanan untuk breakfast semua best best kan. kalau pergi restoran lagi, gerai2 ka, memang semua sedap tu kalau breakfast menu. kan? kan? kan?

atau aku saja rasa begitu ni?

#JomSarapan!


Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)