Yeay. aku dah selesai melalui peperiksaan PTD. so, untuk entri kali ini, aku share apa saja soalan yang keluar di kertas tadi, jadi memudahkan rakan rakan yang akan ambil exam ini untuk tahu apa sebenarnya skop soalan. sebab aku sendiri, kena google macam macam, tapi untuk aku tahu apa yang keluar, susah. ada tu ada la juga sikit tips, tapi at the end, mesti suruh beli buku, HAHA. okay, kali ni aku punya tips, tak payah suruh beli buku. don't worry.
peperiksaan ini ada empat bahagian. memang padat lah juga otak berfikir sebanyak empat kali. soalan memang tough juga, kalau tak membaca dan tak ada pengetahuan am yang meluas memang akan failed. since aku, ada lah juga membaca dalam tempoh dua hari, jadi agak membantu untuk aku tahu serba sikit.
Seksyen 1; Pengetahuan Am (50 soalan-45 minit)
mostly soalan memang berkenaan isu semasa. yang keluar tadi;
i) 1 Malaysia
ii) RMK-10
iii) ASEAN
iv) Sukan
v) UNESCO
vi) agensi agensi kerajaan
*sini memang kena rancang masa bagus bagus, kalau tak tahu jawab soalan lain dulu. aku sendiri siap jawab ngam ngam tepat pada masanya. haha
Seksyen 2; Daya Menyelesaikan Masalah (40 soalan-40minit)
soalan dia tak adalah sangat taraf matematik tambahan. memang taraf matematik SPM. tapi banyak logical thinking. memang tak boleh bawa kalkulator. so, kalau jenis yang tak hafal sifir, masalah juga tu. soalan dia mostly kepada bab ini;
i) Statistik
ii) Algebra (yang suruh cari nilai x, nilai y)
iii) Basic Measurement
iv) Keberangkalian
*yang ini, aku memang tak sempat siapkan. ada lebih kurang 10 soalan aku kena hitamkan tanpa kira ==' sedih sangat. sebab 1 soalan, 1 minit. memang kena tambah, tolak, darab, bahagi dengan cepat lah.
Seksyen 3; Esei Bahasa Melayu (Pilih 1 esei daripada 3, 1 jam)
soalan esei juga berkaitan dengan isu semasa. jadi kalau jenis rajin baca artikel, baca berita boleh lah jawab berdasarkan fakta. tiada had perkataan, jadi kita bebas lah menulis. tapi perlulah juga ikut format. ada pengenalan, isi, dan juga penutup. dan soalan yang keluar tadi;
i) Gagasan 1 Malaysia
ii) Media Sosial
iii) Warga Emas
*huehuehue since aku ni kaki media sosial, sudah semestinya aku jawab bab itu. aku apa lagi semangat tulis sampai 2 kertas penuh. haha memang mengarut lah kali hasil esei aku. dan ini juga aku siap tepat tepat pada masanya. arrgh, sungguh tak cukup masa
Seksyen 4; Esei Bahasa Inggeris (Pilih 1 esei daripada 3, 1 jam)
sama macam BM, cuma kena tulis dalam english la kan. soalan yang keluar tadi aku just ingat soalan apa yang aku jawab, haha yang dua lagi soalan tu, aku baca sekali terus aku kick out tak mahu jawab. ya la, aku trauma dah tak cukup masa.
i) Factors that contribute to Job Satisfaction
*ini aku siap lebih awal. kenapa? aku ada banyak idea tapi aku punya vocabs sangat terhad. hahaha karangan level UPSR la tu kali jawabnya. hahaha aku tak baca balik, sebab maluuuuu =p aku siap, aku ikat kertas, aku hantar terus. haha!
okay, itu sajalah pengalaman aku dengan peperiksaan PTD ni. dapat atau tidak belakang kira, yang penting pengalaman. lagi pula lepasni aku kena fokus untuk interview SPP aku di Kota Kinabalu. untuk tips tips sampingan aku rasa apa yang perlu;
a) berpakaian kemas. biarpun just ambil exam, tapi kena jaga juga lah penampilan. aku pakai baju kurung, siap pakai kasut hitam lagi (dah macam nak ke interview, cuma blazer dan nametag saja tiada ahahahaha)
b) bawa air secukupnya. sebab bila kita berfikir, kita perlukan air
c) selidik tempat peperiksaan. if ada kantin buka, okay lah. if tiada, sedia2 bawa biskut untuk isi perut. sebab bagi aku masa sangat terhad. nak makan tengahari tapi kantin tutup, memang parah lah. macam aku tadi, dah tak boleh fikir dan jawab esei BI sangat sebab lapar, padahalll kurang vocabs =p
d) bawa lah telekung untuk solat zohor ;)
e) jangan lupa bawa i/c dengan slip exam yang di print dari internet. tak bawa tak masuklah dalam dewan.
okay, itu saja. till then! nanti dah habis interview SPP aku akan share pula dekat sini.
doakan aku berjaya interview pula
;)
Comments