Skip to main content

Posts

will take a break;

blog ini akan kembali seperti biasa bila masa yang sesuai. saya ingin masa untuk diri saya sendiri. fokus kepada komitmen saya sebagai seorang JPP dan sebagai pelajar. sejak akhir-akhir ni saya lupa untuk sayangi diri saya sendiri, sebab asyik sibuk memikirkan hal orang lain. jadi sudah tiba masanya saya melarikan diri dari semua ni. saya delete facebook saya, saya hentikan penulisan saya di blog, saya tutup semua handphone saya, sebab saya mahu dunia saya yang betul-betul. saya mahu cari diri saya yang hilang dulu. kesihatan saya tidak terjaga sehingga saya sendiri yang menerima padahnya. saya yang akan menanggung semuanya sehingga ke akhir hayat saya. saya yang merasa semua kesakitan. saya yang sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan. saya seorang insan yang berpenyakit. izinkan saya pergi dari semua ini, kerana selagi saya aktif di alam maya ini, selagi itu hati saya tidak akan tenang. assalamualaikum dan jaga diri semua.

an apple a day, makes a doctor away;

plan hari ni: going to Hospital Tawau. petang ni, me, Amira,Amirul and his gf, and also Pingky, akan pergi ke bandar untuk beli barang untuk Gerai Pesta Kaamatan dan Gawai dan terus survey barang untuk jualan Hari Guru. jadi saya ambil kesempatan lah, untuk turun di hospital. sakit apa?? hurmmm just want to make a medical check up. since early january until now, i lost a lot of blood. i dont know why. bahagian perut saya semakin hari semakin sakit. memulas2 ni. selalu sakit kepala and so on. saya ada juga baca di internet, and simptom2 ni sangat menakutkan. jadi, saya mahu buat medical checkup untuk check samaada saya betul2 ada masalah ka inda. lama sudah masalah begini, dari Januari lagi, tapi mahu dekat bulan Mei, baru saya ada kesedaran diri mahu pergi. saya pun mana la tahan tengok banyak betul darah keluar dari badan. kalau sikit2 inda pa la kan, maybe its normal. tapi kalau terlampau banyak gila, sampai saya pun terkejut, memang saya perlu jumpa doktor. doakan saya sihat selalu ...

be honest;

saya harap saya dapat jujur dengan perasaan saya dengan orang lain. saya selalu ketawa dan gembira depan orang lain, tapi kadang-kadang sebenarnya saya tengah rapuh di dalam hati. saya cuma dapat luahkan melalui kata-kata sebab saya tidak tahu sudah macamana caranya untuk meluah menggunakan ekpresi muka. kadang-kadang saya penat, tapi saya kuatkan semangat dengan senyuman, kadang-kadang saya sedih, tapi saya gembirakan hati dengan ketawa. kalau saja saya boleh jujur dengan perasaan saya, kan bagus.

are you ready scout;

petang tadi, kami ada perjumpaan Unit Beruniform Pengakap seperti biasa. dimulakan dengan laung agung antara PISMP and KPLI dan terus kepada aktiviti masing-masing mereka inilah sekawan saya. nama sekawan saya ialah sekawan GAJAH :D Encik Ismail sedang tunjukkan cara melakukan ikatan dengan betul Cik Naima juga sedang memberi tunjuk ajar mengenai cara ikatan yang betul menyanyi lagu penyair turun gunung.eh ngam ka tu aa, aduh lupa sudah saya tajuk lagu ni. sebagai penutup, nyanyi lagu ramai2 dengan penuh bersemangat :)

Pendaftaran SPR IPG Kampus Tawau;

and here it is, one of JPP programme, yang diketuai oleh Biro Kebajikan. pendaftaran SPR untuk semua pelajar yang 21 tahun dan belum mendaftar Rachel as the leader of this programme. and Sahril, hurmmm..sebagai model tambahan dalam gambar ini. my classmate yang tengah mendaftr. there is Luqman Hakim and Nelly. mereka yang telah siap mendaftar dengan perasaan riang dan ria. :)

please be open minded;

disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. ya la, ini pasal susu yang sudah tercampur nila, tapi kalau dari segi realitinya, tidak kah salah kalau kita menilai disebabkan salah seorang rosak satu profesion? situasinya begini lah, senang cerita, kalau seorang guru buat kesalahan, semua guru di Malaysia lah dibenci? kalau seorang polis buat kesalahan, semua polis pun salah? kalau seorang doktor buat kesalahan, semua doktor pun salah? okay, macam hal yang terjadi sekarang ni, bukan saya tak kesian sama apa yang terjadi, kalau saya berada di tempat keluarga mangsa pun saya tetap akan sakit hati. tetap akan marah. tapi itu tidak bermakna semua polis di negara kita ni kejam. jangan lihat bad side saja. jadi yang selama ni polis tolong jaga keamanan kita? tolong selesaikan kes dadah,samun dan sebagainya tidak diambil kira lah? kesalahan juga yang dinampak? ahhhhh..malam ni sangat emo gila!! banyak benda yang buat saya emo.