Skip to main content

Posts

Mimpi Ku Adalah Kamu;

terima kasih, kerana muncul dalam mimpiku. itu sudah buat aku gembira, kerana sekurang-kurangnya, aku dapat melihat dirimu dari mimpiku. walaupun engkau sering muncul dalam hidupku, seolah olah ada yang perlu aku selesaikan, namun aku tahu dan pasti, masa akan menentukan segalanya. buat masa ini, biar aku dan kau, bertemu dalam mimpi.

kekal melangkah, terus pergi;

sudah hampir setengah tahun, ianya berlalu. setiap hari aku berdoa, aku diberikan kekuatan, untuk terus utuh dengan keputusanku walaupun ada ketikanya, aku rebah, dan berputus asa. namun, kerana kebahagiaan diriku, dia dan orang lain, aku memilih untuk terus kekal dan keputusan ini. semoga apa sahaja yang ada waktu ini, menjadi keputusan yang paling tepat. setidak-tidaknya untuk membahagiakan orang yang lebih layak.

Kebenaran Penipuan Hatiku;

apa yang aku tulis di Facebook, Instagaram kebanyakkan adalah salah satu cara untuk aku tutup kebenaran. Kebenaran berkaitan soal hati. dan segala apa yang ingin aku perkatakan dengan jujur, aku tulis bait bait kata itu dalam blog. sebab aku yakin dan pasti, hanya yang benar benar ingin mengenaliku, akan baca blog dan mengikuti segalanya. terima kasih, kerana menjadi salah satu ruang untuk aku berkongsi rasa. anda tahu anda siapa. anda pembaca setia ku.

teruslah menjadi baik;

setiap hari, aku berdoa, agar aku mampu terus menjadi yang lebih baik, baik kepada sesiapa pun, agar bisa menjadi inspirasi kepada yang lain. agar aku dikurniakan orang yang baik baik, di kiri dan kanan, yang bersama ku menuju kehidupan hadapan.

Kehadapan Masa Lalu, Silakan Baca;

ada satu hal yang berlaku di masa lalu, yang aku sia siakan, kau pernah, terlepas cakap, lantas menghancurkan sesuatu? aku pernah. dan sampai sekarang aku yakin dan pasti, dia masih pegang kata kata itu. kata kata yang aku ucap separa sedar, sedikit pun bukan niat ku. namun, kerana kata kata itulah, aku yakin dan pasti, cinta itu terkubur begitu sahaja, sungguh, seperti salah untuk ingat semua itu kembali. namun, kerana perkara itu lah, aku rasa aku tidak pernah move on, tidak pernah lepas, tidak pernah mahu untuk pergi, tidak pernah berani untuk melupakan. kamu, asal saja kamu tahu, sekalipun sudah bertahun lamanya perkara ini, kamu SALAH FAHAM. dan aku yakin dan pasti, kamu tahu, bahawa aku sedikit pun tidak terniat, untuk mengeluarkan kata kata itu, pada malam tersebut.