Skip to main content

bekas pelajar IPG Kampus Tawau

9/11/2012; 

sememangnya hari yang paling aku tunggu tunggu sepanjang pengajian. tapi bila berada di hari ini, terasa berat kaki melangkah untuk meninggalkan kampus. terasa seperti belum bersedia untuk bergelar seorang bekas guru pelatih IPG Kampus Tawau. sedih, sungguh sedih, sehinggakan air mata ini tidak berhenti mengalir melihat rakan rakan seperjuangan.

mereka sebati dengan diri aku. lima tahun lamanya kami membesar bersama. suka duka kami lalui. jatuh bangunnya diri kami, dilalui bersama. apa akan terjadi tanpa mereka disisi selepas ini? keadaan akan semakin berbeza dan kehidupan akan semakin sukar kerana aku perlu berpijak ke dunia realiti.

realiti pekerjaan.
seorang GURU.

bersediakah aku memikul tanggungjawab yang paling besar di muka bumi ini?


Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)