sebenarnya aku tak selesa untuk share relationship aku dengan semua selepas berapa kali aku failed. tapi I learned something from the previous. tiada niat untuk memburukkan sesiapa tapi cukup sebagai satu pengajaran untuk aku.
aku merahsiakan selama dua tahun semua mengenai dia dan kami. jauh sekali untuk upload gambar bersama dan juga buat relationship di facebook. even kalau aku buat pun, aku selalu hide dari dia. sebab kalau dia tahu, confirm dia akan marah. atas alasan apa semua perlu dirahsiakan?
kerana kisah cinta biar tiada siapa yang tahu. cukup untuk kami berdua.
yes. ramai yang begitu.
ada benarnya juga. dan kemanisan itu hanya dikongsi berdua.
tapi bukan untuk aku, setelah dua tahun bersama, akhirnya aku tahu semua itu adalah apabila orang tahu ianya akan membataskan diri untuk berkawan dengan orang lain, membataskan untuk mencari pilihan yang lain. atau dalam bahasa kasar; untuk bergetek sama orang lain. ya! memang aku rasa bodoh, bodoh selama dua tahun itu tak terbendung rasanya. rasa seperti ingin menampar diri sendiri kerana percaya dengan kata kata manis itu.
sehinggalah sampai satu tahap, aku sudah malas untuk bercinta. untuk aku build up a new relationship bukan senang. aku labelkan semua lelaki sama. iaitu semuanya dilahirkan untuk curang. kalau setia pun, dalam hati tetap meronta ronta ingin mencari lain. sampai begitu sekali kan? cukup lama aku berada di tahap ini. aku seperti seorang yang benar benar putus asa dalam bercinta.
tapi, kuasa Allah siapa dapat melawan. teringat kata kata seorang kawan
'jangan terlalu sombong dengan kata kata sendiri, jangan pernah sekali berkata tidak mahu kerana hidup ini semuanya diaturkan oleh yang maha Esa'
benar bait bait kata kawan itu, dan kini akhirnya aku buka hati di dalam keadaan yang aku sendiri tidak sedar. memang mulanya aku cuba tolak perasaan cinta itu, tapi makin lama aku tolak perasaan itu, makin susah aku lupakan. semuanya berada di luar kemampuan hati dan otak aku.
dan kini aku semakin percaya dengan quote ini. |
lelaki yang bersama aku ketika ini bukanlah lelaki yang pada mulanya aku fikir akan dapat membuka hati aku untuk bercinta. kerana dia yang mulanya ku kenali di laman sosial, hanyalah ku anggap seorang kawan. siapa sangka hanya berkawan di laman sosial, dapat pergi sejauh ini, bukan?
di awal lagi, memang bukan senang untuk aku, dia dan juga untuk kami. kerana untuk membina sebuah kepercayaan yang telah dihancur lumatkan oleh seorang lelaki yang aku sangka tidak berlaku curang itu memang lah sukar. tapi kalau aku tidak mencuba, manakan tau hati budi seseorang.
haih.
entri malam ini agak jiwang.
Comments