Skip to main content

Masak Ala Rumah;

memandangkan aku sekarang ni dalam tempoh menganggur, jadi kerja aku kat rumah, tidur, bangun, masak, makan dan tidur balik! haha!! amacam menarik tak kehidupan aku? nak keluar dari rumah dan jalan jalan aku punya malas memang tahap dewa dewi. aku lebih rela berkurung di rumah. sangat sangat rela. 

masa awal awal cuti tu, memang aku rajin la bangun awal, since Izan kerja syif malam dan balik kerja mesti call. bila dah call, aku dah tak boleh tidur balik. so, terus bangun. tapi start kerja petang, aku dah lambat bangun haha apatah lagi kalau kerja syif pagi macam sekarang ni, lepas call pagi, aku sambung terus tidur. dah memang tiada dah breakfast. terus lunch! =p

aku nak juga tiap kali masak, aku gambar. tapi kang, ada yang kata aku mengada pula macam terer masak. tapi, whatever la kan, asalkan blog aku ni berupdate, aku post ja la gambar makanan! ngee =p sebab rumah aku memang syurga makanan, dan sekarang ni rumah aku penuh dengan sayur dan buah. ohmy, dah macam kebun aku rasa. 

okay, gambar di bawah adalah hasil tangan sendiri;

Ayam Masak Cendawan Pedas. 
Wheatmeal Tuna Sandwich
and for tonight, aku request mom untuk goreng mee! gara2 tengok di AFC la ni. mee goreng udang tu macam sedap betul di TV. terus craving mau makan tu. and also ayam goreng tepung. oh la la sedap sedap sedap ;D


Comments

hehehe macam ja tu dik dari gambar. tapi rasa nya belum tentu ;p

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...