entri pasal Tawau belum habis habis lagi kan. so, maybe ini yang paling last sebab ini adalah beberapa picture yang diambil the very last day in Tawau. tiket yang kena bagi oleh IPG adalah pada hari ahad, so memang aku ada masa lagi untuk keluar jalan dengan boyfie pada hari jumaat, sabtu dan ahad. since petang baru flight ke KK pada ahad tu, memang siang masi ada masa.
sepanjang the last day aku di Tawau, I stayed at his house. so, tak payah ulang alik dari bandar ke balung yang akan mengambil masa 30 minit. he called my mom to asked permission bawa aku tidur di rumah family dia. so, kira legally la kan aku tidur sana. haha! on the saturday, I texted Wanti untuk bawa lepak minum di cafe kegemaran kami iaitu Taste Two. so me and boyfie pun ke sana petang tu untuk jumpa Wanti and his brother.
minuman kegemaran Wanti. |
my roomate setahun =) i miss you dos! rindu pula mo kena marah malam2 aisssshhh |
and the early morning sunday, kami makan Mee Tauhu untuk breakfast. lepastu heading back to his house untuk packing barang terakhir, then keluar lagi semula untuk beli tikar yang mama pesan dan juga sekali beli beg tambahan untuk barang aku. sempat juga aku ke Tamu Takada untuk pusing2 dengan dia, tapi tak beli apa apa pun. haha dan sempat juga ke Eastern Plaza kejap beli something special for both of us.
sempat lagi kan posing depan rumah haha |
awal awal sudah plan untuk lunch di area airport saja dengan memakan nasi goreng payau. if you happened to come Tawau, this is a must visit place to eat. sebelah ja dengan airport. berbaloi makan sini. and mesti cuba nasi goreng payau dan sup tulang payau. terbaik bah! sebab tu aku mesti ke sini before say byebye to Tawau. nama tu restoran ialah bibiq corner.
si gemuk depan bibiq corner. haha |
paling kuat makan pedas pedas |
in front of Tawau Airport |
Mine =D |
masa di airport tu, terfikir juga, siapa lah mau tolong ambil gambar kami berdua. haha fikir punya fikir, mau suruh orang yang tidak dikenal, malu juga. tapi ngam2 ada kawan satu batch di sana, terus minta tolong sama dia.
and now, setelah dua minggu tinggalkan Tawau,seriously I miss that place so much. and plus I miss the food, hostel, & of course the boyfie! haha and that's the end for my story in Tawau. cek folder gambar, macam semua sudah aku share kan. so, lepas ni kalau ada pun cerita yang mengimbau memori lama-lama, dan finally tiada lagi entri tertangguh. hhooooyeaaahhh!
kepada Tawau, terima kasih atas segalanya. dari aku kurus kepada gemuk, dari aku buduh2 dalam berfikir sehingga mampu membuat pertimbangan, dan banyak lagi hinggakan aku sendiri pun tak tahu macamana mau keluarkan semua menjadi kata-kata ;D
bukan aku tak akan datang Tawau lagi, memang akan datang, cuma tidak lah datang sebagai guru pelatih lagi, tetapi datang sebagai seorang pelancong. haha! gila gedik pnya perkataan.
Comments