Skip to main content

All you need is; USAHA!;

senarai penempatan interim rakan seperjuangan sudah keluar, Alhamdulillah. akhirnya penantian berbulan lamanya terjawab juga. semoga kalian tabah mengharungi hidup di pedalaman dan bersedia menggalas tenaga sebagai seorang guru yang baik.

as for me, yang tidak dapat, jauh disudut hati memang lah kecewa. sampai buat entri emo lagi. haha tapi dah delete, sebab bila baca balik, what the hell am I thinking masa tulis tu? finally, bila emosi dah back in tracks, baru lah delete dan ketawa sendiri.

the one who knows how frustrated I am, adalah encik boyfie. dia tahu betapa aku mahu sangat untuk interim kali ini. even aku banyak kali turun naik JPN Labuan, call KPM, JPN Sabah,Sarawak untuk tahu bila, and situasi sebenar. but, perancangan Allah kan. sejauh mana pun kita usaha, if masa belum sampai, kena sabar juga.

but I learned something and I know my inner self selepas apa yang berlaku. aku memang dah agak posting memang akan lambat (tapi tak sangka se-lama ini), so dalam bulan disember aku dah apply guru ganti. and lucky, aku dapat juga sebulan. duit gaji dah masuk dan aku beli untuk tiket konvokesyen. Alhamdulillah lepas satu hal. lepas habis kerja, aku ambil cuti seminggu turun KK stay tempat Wanti and datang majlis tunang Rachel, balik dari sana, aku dapat job seminggu jadi Enumerator UKM. payment belum masuk but I know, maybe in a few weeks, akan ada juga duit tu.

tak lama lepas tu, aku cek website yang cari kerja. ada tawaran jadi salesgirl, tapi aku tolak. bukan sebab memilih. tapi aku kena fikir juga kos pengangkutan + makan, berbaloi ka juga? then hantar lagi resume ke mana mana yang ada kaitan dengan education, and Alhamdulillah, minggu ini aku dapat kerja sebagai guru tuisyen. once a week! but the payment was good. so, aku terima.

it's all about usaha + jangan berhenti mencari. dari duduk diam di rumah, tak ada duit masuk dalam poket.nak keluar enjoy sikit dan lepak dengan kawan pun susah bila tiada fulus kan. dalam masa yang sama aku buka business untuk jual pendrive secara online (yang nak beli boleh cari2 aku, sempat promosi gitu) . dan sekarang ini, aku ada plan untuk buat partner business dengan kawan. in case masih lama lagi aku posting,rancangan ini akan diteruskan lah. boleh la kumpul2 duit untuk perbelanjaan konvokesyen dan persediaan untuk posting. tak lah terkapai kapai ku kelemasan sebab tiada duit pada masa tu.


kepada rakan yang senasib, atau masih duduk rumah menganggur, don't give up! kalau kita ada usaha untuk cari duit, dalam bidang lain, pasti akan nampak hasilnya. maybe perjalanan kita tak lah seindah rakan rakan lain tapi rezeki kita masuk dalam cara yang lain. Allah tak akan uji hambanya dan tidak akan menganiaya hambanya =') dari dulu aku pegang kata kata ini jika ada masalah yang menganggu jiwa.

semua yang berlaku ada hikmahnya.
have faith.
don't give up!
the first step always the hardest.


Comments

anak ayah said…
all the best kak. dalam semua perkara yang akak buat, think positive ea :)
insyaALLAH,yakin dgn setiap rezeki dari DIA.

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek...