Memasak adalah salah satu perkara yang paling aku suka di muka bumi ini. orang yang suka makan, harus pandai masak! sebab dengan cara tu saja dia boleh agak rasa macamana yang dia mahu dalam makanan dia. ayat dah serupa masterchef.
lagipun dekat dapur mama, segalanya ada! dah macam supermarket. tinggal fikir saja nak masak apa, nak cuba resipi apa, or nak create resipi apa. segalanya boleh bah.
abah kerja outstation and still belum balik Labuan, mama and zana keluar jalan. while me, orang yang paling malas keluar rumah ni, di rumah la sendiri. tanpa rasa sedikit pun cemburu nak keluar. aku pun tak tahu lah kenapa. lagipun, aku lebih suka jalan, bila aku ada duit dalam tangan. even kalau just keluar pergi pantai pun, dompet aku mesti ada duit. if tak ada, aku memang tak mahu.
lagipun sekarang dalam proses jimat cermat, sebab gaji belum masuk lah. bagi aku duit bukan segalanya, tapi duit itu separuh dari kehidupan. kalau dah keluar rumah, nak ke tandas pun perlu ada duit. tak ada duit, takkannya kita dapat membuang punya. haha!
so, pesan mama, pandai pandai lah masak dirumah untuk malam ini, and tadaaaaaaaaaaaaaaaaa;
my dinner alone alone |
Homemade Egg Maggi Cheese Pizza + Red Velvet Cupcake (as a dessert) + Teh Bunga
semua ini dah masuk dalam perut. makan sendiri sendiri memang tak best tapi jika ditemani dengan tab kat sebelah, sambil makan, sambil main game. game The Tribez aku dah masuk pulau ke tiga. clap clap to me! dalam masa sebulan lebih dah berjaya begitu. ya la, kalau siang malam main memang lah jauh perkembangan aku.
untuk yang tanya macamana aku buat,meh aku share resipi terjun aku;
bahan2nya;
1 bungkus maggi yg telah direbus (anything tp kasi asing perencah)
2 biji telur
hirisan bawang
lada padi cincang (if u want ianya pedas)
hirisan carrot
lada putih
garam
perencah maggi (guna half saja)
seasoning
parutan cheese
*and anything sayur bole masuk*
-cendawan
-daun bawang
-sawi
-and so much more.
Cara-caranya;
i) gaul semua bahan sekali dan pukul rata (mcm pukul telur)
ii) panaskan pan letak minyak
iii) goreng bahan2 ni mcm goreng telur
iv) dah siap bole potong mcm pizza style atau biarkan ja bulat
v) hidang bersama sos dan juga mayones
selamat mencuba! ;D
Comments
not a fan of maggi tho, but worth a try. :)