Alhamdulillah. niat aku untuk menulis semula di dalam blog semakin menjadi kenyataan. bagi aku bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang telah lama aku tinggalkan. memerlukan azam yang sangat tinggi. jyyyeaahh!
tiada apa yang terkini mengenai diri aku.
masih menganggur.
ya, berita apa apa belum keluar.
sabar.
aku belajar untuk sabar.
seperti apa yang boleh di baca di dada dada akhbar mengenai apa yang berlaku di negeri Sabah, semua rakyat Malaysia sudah maklum mengenai pencerobohan itu. malas nak ulas panjang. nanti salah info, aku mungkin akan disabitkan dalam akta hasutan, atau mungkin sebagai seorang yang memecahkan rahsia kerajaan.
tutup mulut.
kalau tahu cerita, diam.
berdoa.
dan tawwakkal.
membuka laman sosial dalam keadaan sekarang ini, menambah sakit kepala. mana lagi memikirkan berita posting yang tak kunjung tiba, memikir nasib negeri Sabah, dimana tanah tumpahnya darahku, terletaknnya orang yang aku sayang di kawasan bahaya, memang lah merisaukan.
aku tinggalkan kalian sebuah lagu yang cukup buat aku sebak mendengarnya.
moga semua keluarga pada anggota yang terkorban, bersabar.
kerana mereka lah pejuang negara.
terima kasih kerana membantu kami mempertahankan Sabah.
negeri di bawah bayu
tanah tumpahnya darah ku.
Comments