Skip to main content

Day 1: Lawatan Pengurusan dan Pentadbiran PJ;

yehaaaaaaaaa. baru ada masa mahu upload gambar dan update blog dengan penuh semangat. ya la, line internet di rumah kan laju. ada 4 hari pnya cerita ni kot mahu update. so, stay tuned with me =)

kami bertolak dari kampus dalam jam 8 pagi. kumpul depan asrama Mawar. dengan barang yang super duper banyak, sebab terus balik ke kampung kan. bas ada dua. satu kelas aku dengan sains, dan satu lagi kelas prasekolah dan gabungan bbrapa org dari kelas sains dan kelas aku. kami mulakan perjalanan dengan bacaan doa dari si Rasyidin, since ustaz kami tunggu di kunak, jadi kena la dia yang conduct. ambil makanan di Medan. dan terus ke KK~

Hidayah dan Azilah in the bus
then, dalam petang gitu, kami sampai di Kundasang, and conductor bas bagi kami turun untuk tengok2 apa mahu dibeli. ada yang beli strawberry untuk makan dalam bas, ada yang beli bunga ros, iaitu aku beli dua kuntum ros, one for me and one for Seri. and also ada juga yang beli bunga dalam pasu tu.hehe

Heidi with the roses 
then sambung perjalanan di KK. hujan sangat lebat. lepastu boleh lagi sesat mahu cari mana tu Likas Square Apartment. Me, Jiah and also Mirul kebasahan berabis sebab yakin betul berlari ke bangunan yang satu. sedangkan tu apartment di bangunan sebelah lagi. memang basah kuyup dan sangat lucu kejadian itu. sampai ja di apartment, kena bagi2 unit. ada 3 unit. 2 untuk perempuan, dan 1 untuk lelaki. memandangkan lelaki cuma 12 orang, so paling selesa dorang lah. kami ada 47 orang. so dalam unit berkumpul 25 orang. sempit, padat macam sardin, tapi sangat best pula

Lobby Likas Square Apartment.
untuk dinner malam tu, kami kena hantar ke Centre Point. ada yang plan mahu shopping and so on. tapi memang aku bukan otak shopping, jadi aku pun jalan sorang2 saja di CP sampai la menuju ke MCD. ya la, punya lama sudah tak makan burger. craving berabis aa. time di McD ngam ada budak2 sains. so, apa lagi join lah makan sama dorang

Andrew,Nurul, Yayu, Radzi, Me and Leng
after dari makan2, sempat lagi kasi teman Nurul and Yayu cari tracksuit. and after that bergegas ke Ngiu Ke tak silap aku untuk mencari meggi cup untuk makan late night. and also sempat lagi beli yoyo milky tea. weehoooo.

my favourite shot for Day 1
then sampai apartment dalam jam 10 lebih. and thank god, post moterm di batalkan dan kami dapat lah rehat lebih awal. di bilik, online kejap, upload gambar, thanks to Nurul *kasi pinjam aku laptop* and Rine *kasi pinjam broadband* owe both of them so much sepanjang trip ni.and sempat celebrate birthday Nurul denga kek (buah2 yang disusun mcm kek) and also makan2 meggi cup. hidup meggi cup ayam kampung aku! =D

to be continued.....

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh