Skip to main content

Practicum Diary-Day 07;

hari ini tiada gambar. whaaah sebab aku lupa mahu snap mana2 moment yang aku rasa penting.

awal pagi sudah clumsy. datang sekolah dengan barang bertimbun-timbun. supposed to be aku diobserve oleh my pensyarah, since dia ada masalah, aku jumpa guru pembimbing aku dan minta dia observe aku. so, she said yes. dan mula lah degupan jantung aku yang non stop.

terus aku pun balik lagi prepare, padahal sudah prepare berabis di rumah. kelas aku lepas rehat, so time rehat lagi aku menyerbu kelas dorang dengan barang yang banyak, sampai murid aku cakap "cikgu punya barang ni macam balik kampung" aisshhh sabar saja lah. semangat ba angkat2 barang segala.

setting LCD, sekali laptop aku tak boleh connect. punyalah kecewa gila. terpaksa berlari2 lagi pinjam laptop orang lain. sangat huru hara tadi. belum sempat aku menarik nafas, datang sudah guru pembimbing aku, so, memang tak ada masa aku mahu check power point aku dan video aku. wuwuwuwuw emosi sudah terganggu disitu.

mula set induksi, then ke langkah 1. sinilah paling kecewa. powerpoint aku jadi huru hara. video aku tak boleh buka. terus memang terkacau sudah emosi aku. hahaha tapi cepat2 aku recover diri aku, supaya tak nervous and then semua lepastu jadi okay dan kembali kepada perancangan aku.

after kelas habis, kemas barang dan masuk bilik guru. sangat sedih time tu, mahu saja menangis dengan kerosakan aku. dah la first observation, sudah begitu.then jumpa guru pembimbing, and dia bagi beberapa komen. 

grr. apa apa pun, aku malas mahu fikir pasal hari ini. okay,siapkan BBM esok! =)

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)