Skip to main content

Practicum Diary-Day 05;

eh, hari jumaat sudah kan. so, berlalu sudah seminggu aku di sekolah itu. sudah 3 kali RPH dibuat, sudah 3 kali mengajar, and next week aku boleh agak sudah aktiviti apa yang sesuai untuk kelas. ada kelas yang aku perlukan banyak aktiviti untuk tarikh perhatian dorang, perlu ada ganjaran positif untuk kawalan kelas and so on.

hari ini aku buat pengajaran berpasangan dengan Seri. masuk kelas aku tahun 5 Inovatif. memang aku sengaja pilih hari ini, dan kelas ini, sebab kelas aku memang agak super duper hyperactive. haha kalau dua orang mesti senang mahu mengawal dan mengajar. since kelas ni agak aktif, most of my activities adalah berkaitan dengan games dalam kumpulan supaya dorang dapat fokus lebih apa aku cakap.

Ada 4 kumpulan. macam2 nama kumpulan dorang bagi. 
kumpulan ni ada 4. 2 group lelaki dan 2 group perempuan. selalunya, perempuan lebih perform well, kan? tapi dalam kelas ni, agak berlainan sedikit. lelaki lebih menonjol dan bagi jawapan yang bagus2. so, plan aku for next lesson, aku mahu gabung sudah lelaki dan perempuan. supaya sama rata performance dorang.yang ada bintang2 tu adalah pemenang bagi setiap aktiviti aku buat

Group Montaz
Group Harimau
yang tengok kamera,depan sekali tu adalah ketua kelas ini. sangat aktif. sangat nakal. hehe tapi aku suka juga dia ni sebab kalau aku bertembung dengan dia, berabis ni bagi salam. hehe one of my activities untuk hari ini juga adalah lakonan mengenai aktiviti kejiranan yang boleh kita lakukan. memang sangat lucu. aku siap rekod lagi tu video. aku ketawa saja depan budak2 tu. bayangkan dorang kena berlakon, so cute.

itu Cikgu Masrina. hehe and ini adalah lakonan Sukaneka. hahaha 
meeting ala ala P.Ramlee
serius ini adalah lakonan paling lucu! aku memang tak dapat tahan ketawa betul. antara bait2 dialog mesyuarat dorang kunun

Murid A: Okay, semua berdiri. Assalamualaikum semua
Murid Lain: Waalaikumsalam 
Murid B: Apakah itu semangat kejiranan?
Aku: * hahahaha ketawa gila aku. mesyuarat tanya pasal definisi jiran*
Murid C: orang yang tinggal dekat dengan kita
Murid B: Apakah kepentingan kejiranan?
Murid A: Membantu ketika kecemasan
Murid B: Kenapa gigi mu jongang? 
Cikgu: *lagi aku ketawa terbahak2. hahaha apakah tanya soalan paling out*
Murid D: dilarang mengolok ketika mesyuarat
Cikgu: okay semua. terima kasih. *terpaksa aku suruh dorang stop. nanti mcm2 ayat keluar. HAHA*

kalau ngam dengan cara, murid nakal mesti dapat dengar cakap, kan? =)
sangat enjoy sebenarnya mengajar budak aktif ni. sebab aku sendiri pun kalau di kelas golongan yang aktif, si mulut becok kan. so, suasana bising2, banyak cakap ni aku sudah biasa sikit.dengan guna kaedah ganjaran positif tu, aku rasa kawalan kelas memang lebih okay. happy juga sebab objektif tercapai! ;)

lepastu balik ke bilik guru, tulis refleksi dan buat kerja lain sikit. after that, hantar buku RPH untuk disemak oleh GB. and RPH untuk kelas hari selasa sudah siap, tinggal buat BBM lagi. yehaaaaaaaaaaa.. teaching is fun!

Comments

zydande said…
garang eh sigu ijjatie..=P
hehehe... chaiyoo.!
hahaha garang dari segi apa pla ni jahidin? gud luck ko =)

Popular posts from this blog

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh