and eh, hari ini tiada gambar sebab memory card tertinggal di laptop. semangat sudah bawa dslr berat2 dalam beg, sekali lupa bawa memory card. cis, i hate myself for that! so, tadi cepat2 aku check kamera if ada sda memory card, sebab besok mahu snap a few picture untuk masukkan dalam blog ini.
awal pagi, aku datang ke sekolah dengan BBM aku. bawa dadu, bawa kad permainan, bawa huruf bertuah. kerajinan buat BBM! ;p then punch card lepastu duduk di meja guru dan siapkan RPH untuk esok hari pula. sambil tu tunggu Seri yang ditugaskan ganti kelas,baru pergi makan di kantin.
as usual, nasi kuning menjadi keutaamaan! hari2 pun sudah nasi kuning, tak lama aku di sekolah tu, badan pun jadi kuning. wahahahah pastu aku pergi pusat sumber untuk ambil beberapa buku untuk murid baca nanti time kelas ganti. dari aku tak tahu mahu buat apa di kelas ganti, aku bawakan lah dorang buku suruh baca.
then baru masuk kelas aku. memang naik darah aku sikit awal2 masuk kelas, sudah semua pergi tandas. lepastu ramai lagi. tinggal 2-3 orang lagi dalam kelas.aku bising2 suruh dorang cepat pun, macam no feeling saja ni. sabar zaty. sabar. aku cuba positifkan diri saja time tu. then siap mengacau barang2 aku lagi. memang menggeramkan, and plus aku hilang mood terus time set induksi. maybe sebab aku bagi muka dengan dorang, sampai dorang tak respect aku sebagai guru dorang. anggap macam kawan saja ni. sabar saja la =/
lama-lama dorang dapat detect juga aku marah, baru dorang semua okay, dan mood aku kembali normal. aku teruskan dengan game ala ala snake and ladder. walaupun agak kecoh sikit mereka dengan berebut siapa yang akan melempar dadu. oh anak murid ku sekalian, tidakkah kamu melihat bahawa dadu yang aku buat itu agak cacat? ngeeeeeeeeeeee ;p tapi semangat juga mereka melempar2.
overall, objektif tercapai, dan murid yang tak pandai membaca dan menulis tu aku sudah jumpa satu kaedah supaya dia dapat jawab juga soalan yang aku bagi. yehaaa..kepuasan mengajar namanya tu! =) okay, masa untuk tidur. esok lagi sharing2. babaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaii~
Comments