woah! hari khamis adalah hari untuk pakai baju batik. tapi bolehnya aku lupa. aku steady saja pakai baju kurung biasa. grrr =/ next week, perlu ingat ni harus pakai BAJU BATIK. walaupun susah mahu iron, harus juga dipakai
seawal pagi lagi, aku kena ganti kelas. and lucky me aku kena suruh ganti kelas yang akan aku ajar esok. so, aku ambil peluang lah untuk berkenalan dengan dorang. and dorang pun mengenali aku. fyi, kelas ini adalah kelas ternakal di sekolah, so before masuk kelas tu, aku berdoa betul, semuanya akan jadi okay.
aku masuk, dorang bagi salam , baca doa, then terus lah aku perkenalkan diri. pastu aku pula start untuk kenal-kenal dorang. edar kertas warna, dan suruh dorang tulis nama pastu kasi masuk dalam magic box aku.one of them tanya napa mahu nama dorang dan kasi masuk dalam kotak,dan aku dengan slumber jawab "cikgu mahu kasi tanam nama kamu dalam tanah di area perkuburan, habis kalau kamu nakal, semua mayat2 di kubur mencari kamu". HAHA terus muka budak2 tu semua macam buruk betul. takut kan.
lepas semua sudah buat begitu, aku yang akan cabut nama dorang satu-satu dan perkenalkan nama, cita-cita, pekerjaan parents dan bangsa.dorang memang remind aku zaman sekolah dulu. kalau kasi ketawa nama bapa orang memang nombor satu. boleh2 juga kasi ketawa bangsa kawan2 sendiri. haip! sabar saja lah aku tadi. tengah2 aku buat sesi taaruf tu, ada lah juga yang tidak sabar-sabar suruh aku perkenalkan diri. aku bilang sabar dulu. tunggu cikgu kenal semua baru cikgu perkenalkan diri.
and apa yang aku simpulkan most of them adalah anak orang yang susah. bapa kebanyakkan kerja sekuriti dan buruh, and while their mom surirumah saja. and dorang kasi ketawa lagi tu kalau bapa dorang kerja yang besa2 ni. terus aku menerapkan sikit nilai murni, eseeeeeehhh =p
murid: cikgu, bapa cikgu kerja apa?
aku: bapa cikgu kerja pemandu lori
murid: *semua macam terkejut*
aku: jadi kamu fikir, kalau bapa pemandu lori, tidak boleh berjaya lah? tidak boleh jadi cikgu?
murid: *diam saja ni semua*
aku: tidak kisah lah bapa mama kamu kerja apa, yang penting kamu rajin belajar. kamu semua pun boleh berjaya juga tu.
HAHA, terus aku bermonolog dalam diri, wah pandai juga aku kasi nasihat budak ni. bukan itu saja soalan dorang, macam-macam lagi. tapi yang palinhg aku tak boleh lupa
murid: cikgu, sudah kahwin ka?
aku: belum.
murid: berapa sudah umur cikgu tu?
aku: 22 tahun
murid: ah, 22 belum kawin? tua sudah tu. patutnya sudah kawin
aku: muda bah masi. cikgu belum kawin. tengok ni jari cikgu, manada cincin lagi kan.
murid: yeaaaaaaaaaaahh! cikgu belum kawin
aku: *blurrr gila time ni*
murid: cikgu ada boyfriend ka?
aku: tiada.
lepas tu aku keluar dari kelas, berebut mahu menyalam tangan aku. berebut mahu angkat beg aku. aku pun suruh ja la budak perempuan tu angkat even aku rasa tak selesa mahu suruh budak angkat beg aku yang bukan berat sangat pun. pastu yang lelaki siap bergaduh lagi, supaya jangan salam aku. yang tertentu saja. aiyooo, ada lagi yang pegang tangan aku lama-lama. lelaki lagi tu. pening aku budak-budak sekarang.
masuk bilik guru, perut sudah lapar. makanya aku dan Seri pun menuju lah ke kantin. as usual, nasi kuning menjadi kegemaran diri. yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. so inilah dia nasi kuning kami selalu makan, sedap dan murah.
Nasi Kuning + Sosej= RM1.00 |
after dari kantin, kami diberi sudah RPT untuk Kajian Tempatan. ngam2 kelas KT aku ada dalam jam 11.30 pagi ni. so, on the spot aku buat RPH pastu plan mengajar harini juga. nasib baik idea aku mencurah2 keluar dari kepala otak. so, dapatlah menghasilkan rph berserta sedikit ABM yang biasa-biasa saja. itulah kegunaan flash card di saat emergency =p
so, kelas aku masuk ialah tahun 4 Bestari untuk Kajian Tempatan. kelas ni agak pasif sedikit. so, plan aku lepas ni, aku perlu banyak BBM dan aktiviti aku perlu lebih mantap untuk tarik perhatian dorang. atau mungkin tadi kelas aku waktu mahu balik sudah kan, jadi dorang punya fikiran asyik mahu balik saja ni.
perbincangan kunun ni kan haha |
naa..menulis kamu di papan putih |
Comments