so,now hari ketiga rupanya sudah! hari ketiga aku agak lain sedikit daripada yang lain sebab aku dah masuk mengajar for the very first time di kelas. angkat barang p sekolah pun banyak, bakul sda besar, macam orang menjual sayur2. hahaha
awal pagi, as usual, sampai sekolah terus punch card, kasi isi senarai nama murid di buku RPH (satu kelas lagi aku belum isi, sebab belum dicari lagi guru kelas untuk kelas darjah 4B ni.pastu tak tahan lapar, pergi lah makan2 di kantin. as usual nasi kuning kantin yang sedap menjadi sarapan ku.
then, aku pun lupa sudah apa aku buat di bilik guru melainkan countdown waktu aku mahu masuk kelas. tapi today aku tiada kelas ganti melainkan si Seri sahaja.
the buku azimat. haha Buku RPH ku |
dek kerana malas bergmbr d studio, aku print saja gmbr aku ambil d kelas haritu. lucky me, biru backgroundnya kan |
my very first RPH in my life. |
mahu dekat jam 11, semakin dekat lah aku mahu masuk kelas. serius, aku sakit perut. HAHA aku betul-betul mahu pergi tandas. tapi aku tahu, aku bukan sakit perut mahu membuang pun, ini sakit perut nebes. pastu aku pun mengangkut2 bakul aku yang penuh dengan barang, lenggang kangkung mencari kelas 5 Kreatif.
ngam2 aku mahu masuk, dorang semua heboh-heboh ni. sebab dapat cikgu baru kali kan. aku memang plan mahu buat muka garang ba. sekali aku tengok dorang yang excited aku masuk kelas, senyum2 semua, aku pun tak sampai hati, makanya aku pun turut senyum. then bila aku sedar, aku terlebih senyum, aku balik lagi buat muka garang. wahahahaha
masuk2 saja, aku terus memperkenalkan undang2. HAHA semacam aku rasa aku ni polis pula, bukannya cikgu.tapi dorang semua okay saja ni. lucky me, kelas aku masuk ni, kelas top. so, memang kalau bising pun kejap saja terus diam. bagi arahan sedikit, terus semua faham.
set induksi aku berjalan dengan baik.tajuk haritu ialah semangat kejiranan. and aku suruh dorang susun puzzle huruf. satu kumpulan dapat teka dengan betul iaitu kejiranan, and yang lain jawab kerajinan. semua aktiviti aku buat dalam kumpulan. buat games, buat pembentangan, and jawab soalan. everyone bagi kerjasama, dan semua aktiviti dapat berjalan dengan baik.
so, here some of picture yang aku snap time aku suruh dorang jawab soalan before penutup.
yang pakai songkok tu, one of my fave student di kelas ni sudah =) |
rajin buat kerja. |
some of the girls |
my first day mengajar, aku rasa okay. objektif aku semua tercapai. murid semua happy. so, esok aku ada kelas juga dengan kelas lain, iaitu 4Bestari untuk Kajian Tempatan. tapi lum ada RPT lagi, jadi aku just buat sesi pengenalan and games sedikit. mahu google games yang sesuai untuk budak dulu ni..
Comments