Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Azam Baru;

Tik tok tik tok.

Masa berdetik, semakin laju.
2016 bakal ditutup tirainya,
dibuka lembaran 2017.

Aku bertekad untuk memulakan semua.
Antara yang ku tinggalkan;

Aktiviti Pengakap,
Jawatan PK Kokum,
dan .....................................

Sungguh,
aku inginkan perubahan.
aku mahukan hidup baru.

Ya Allah,
Bantulah hamba mu untuk terus istiqamah.

Amin

Mungkin;

Manusia itu memang sifatnya bertopeng?

Mungkin iya,
Mungkin juga salah.

Aku melihat berjuta insan di dunia ini,
yang hebat diluar,
namun dalamannya hancur.

Aku melihat berjuta insan di dunia ini,
yang lemah diluar,
namun dalamnya sekuat halilintar.

Mungkin Allah menutup aibnya,
menutup kesalahannya,
menutup dosa-dosanya.


sahabat MLM;

Benar kata pujangga,

Waktu sukar, sana lah kita kenal mana kawan,
mana lawan.

Waktu senang, semua disisi,
happy bersama,
ketawa bersama

Untuk menangis bersama?
Kira pakai jari.

Untuk membantu bersama?
...............................

Namun, percayalah.
sekiranya ada kepentingan,
pasti kita dicari.

untuk apa?
"mari masuk plan saya,untung ni"

MLM.

Al-Fatihah;

hidup ini singkat.

cukup untuk aku katakan itu untuk harini.
dikejutkan berita rakan se-IPG,
rakan se-Blogger,
telah di panggil Ilahi.

Ya Allah,
singkatnya hidup ini.
aku berkali kali ingin di jemput pergi,
namun Allah masih beri peluang hidup.

peluang untuk menambahkan pahala,
peluang untuk memberi lebih,
peluang untuk membantu yang lain,
peluang untuk membetulkan diri.

Buat rakanku Izwanizam Stephenson,
bersemadilah engkau dengan tenang di sana.

Al-Fatihah

Dipermudahkan;

Awal pagi,
bangkit dari tidur,
berharap agar semuanya akan selesai.

Namun,
tiap kali juga bangun pagi,
hati tak pernah tenang,
hati runsing.

Mungkin saja,
hari hari yang dijalani itu adalah satu dosa.

Aku nekad harini,
untuk perjuangkan nasib aku.
untuk berhenti diperbodohkan.

Sungguh,
Aku nekad.

aku pilih untuk sendiri;

Aku pilih untuk tutup dunia aku dari semua,
bukan kerana aku benci,
bukan kerana aku terkilan,
jauh sekali aku memusuhi.

tapi, aku rasa bila masalah datang menerpa,
yang ada cuma aku dan Allah sahaja,
yang lain, tiada.

jujur aku kata, aku kosong,
aku sepi,
tiada tempat mengadu sesama manusia,

namun,
aku punya Allah
yang Maha Mendengar dan Maha Memahami,

setiap denyut nadi,
nafas,
mendengar apa yang aku perlu.

maafkan aku semua,
bagi aku masa,
untuk kembali,
kerana di saat ini, aku cuma perlu kekuatan,
untuk dikutip sendiri.

and maybe I am ready now;

ku mohon;

sungguh Ya Allah,
disaat saat aku rebah,
aku merintih menangis di bucu katil,

aku mula memikirkan untuk berhenti,
berhenti untuk hidup.
Allah. dimana iman aku ketika itu?

namun,sungguhpun ku merasa diriku sepi,
sunyi,
namun ada juga manusia yang di sisi aku,
memberi kata semangat,
tidak putus putus.

mungkin Allah tunjukkan,
disaat yang tersukar,
siapa yang membantu disisi?

mereka lah sahabat sejati,
dunia akhirat.

bantu aku;

Allah.
Sungguh aku gembira,
Allah dengar rintihan doa ku,
agar dipermudahkan urusan hari ini.

Itu hari ini.
Esok masih ada lagi jalan yang perlu dihadapi.

Bantu aku,
Ya Allah.

Aku ingin menyelesaikan satu persatu hal hidup

kamu tiada di perjalananku;

Dalam aku mencari diri,
mencari hati,

aku minta maaf
kerana kamu tiada di sampingku
kerana aku tidak memilih kamu
untuk berjalan bersamaku

bantu aku Ya Allah,
bantu aku.

agar dia bisa bebas,
mencari kebahagiaan sendiri,
agar aku bisa mencari
diriku
yang sebenar,

bantu aku Ya Allah;

malam ini.
sungguh Ya Allah.
aku buntu,
aku keliru.

manakah mampu menyelesaikan semua ini?
masalah lagi.
lagi.
lagi.

ah.
seperti mau mati.
tapi mati itu bukan penyelesaian.
yang ada, cuma bangkit semula.

namun,
semudah itu?

Persoalan Hati;

Mungkin saja,
Allah turunkan dugaan buat kita,
agar kita lebih kuat.
agar kita lebih mengerti.
agar kita lebih memahami.
bahawa kehidupan ini adalah satu proses.

Proses.
perjalannya mungkin lambat.
tapi, akhirnya bertemu satu jawapan.
persoalan yang dicari dalam selama ini.

Aku.
Masih lagi mencari jawapan.
kepada soalan soalan yang aku sendiri tidak tahu
puncanya,
mekanismenya.
malahan sekalipun untuk membuat inferens
aku tidak mampu.

Namun,
aku yakin satu hari,
di masa hadapan,
persoalan yang ada di dalam hati.
akan ada jawapan,
yang berbaloi untuk ditunggu.


saya kembali;

setahun lebih aku menyepi.
dalam tempoh itu, macam macam aku lalui. aku hadapi. aku tangani.
sungguh, aku tidak sangka, begitu kuat sekali diri ini. berdepan dengan segala dugaan yang Allah berikan.
aku bukan manusia yang baik, apabila senang, aku lupa akan Allah. apabila susah, aku kembali kepadaNya.
tidak malukah engkau, zati?
Namun, dengan siapa lagi aku mampu mengadu, merayu, memohon pertolongan, kalau bukan kerana Allah.
aku bertekad, untuk kembali menulis, bukan kerana nama, bukan kerana popular.
tapi untuk refleksikan diri,  agar aku sentiasa berpijak dibumi yang nyata.