Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Introduction to SK Sungai Bakas, Miri;

Finally, 5 Julai 2013 aku telah selamat melapor diri di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakas, Bakong, Miri. sekolah ini merupakan antara sekolah pedalaman yang dibawah PPD Miri. terletak di area Bakong yang mengambil masa selama sejam lebih dari bandar Miri. aku tiba di airport bersama mama dengan 50kg barang. haha! gila punya banyak. dah macam pindah rumah. yang menjemput aku dari airport adalah Guru Besar dan kerani sekolah. bersama dengan seorang wakil PPD dan Pegawai KPM. dah lah datang slumber dengan barang banyak, pakai tshirt jeans dan selipar jepun lagi. haahahha malu i sampai Miri, kami terus ke sekolah. sepanjang perjalanan tu aku tak ada lah nervous sangat. cuma excited nak sampai dan nak tengok macamana lah kehidupan aku lepas ni. Alhamdulillah selepas melalui jalan gravel, jalan tar, jalan gravel, jalan tar balik, jalan gravel balik baru lah sampai sekolah. pertama sekali, aku tarik nafas, cium udara sana. oh, belum ada pencemaran. yeah hahahaha! letak barang kejap

My first school; Sk Sungai Bakas, Miri, Sarawak!;

Alhamdulillah, setelah 7 bulan menunggu jawapan dimana negeri pertama aku ditempatkan, keluarlah juga keputusan itu.aku tak adalah tanam anggur sangat, sebabnya aku ada juga jadi guru ganti dua kali, ajar tusyen, sempat juga aku bisnes, wah, tak terasa juga 7 bulan berlalu begitu pantas. dan dimanakah negeri aku bertugas yang pertama; TADAAAAAAAAAAAAAAA! SARAWAK BUMI KENYALANG!!!! Okay honestly, aku rasa macam shock gila sebab dapat Sarawak. which is dalam hati aku, aku nak sangat dapat Labuan tak pun dapat Tawau, Kunak or Semporna. hahaha! sekalinya dapat Sarawak, memang la aku sedih. sebab dalam otak aku dapat Sarawak confirm pedalaman yang tiada line, tiada internet, tiada apa apa semua. serius, aku sangat kuno!  lama aku nak positifkan diri, walaupun encik boyfie balik balik dah cuci telinga aku untuk bersyukur dan bukan merungut, tapi aku merungut juga balik balik. haha sehinggalah aku dapat nama sekolah aku yang pertama iaitu Sekolah Kebangsaan Sok, Matu di Daro