Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Persoalan Hati;

Mungkin saja,
Allah turunkan dugaan buat kita,
agar kita lebih kuat.
agar kita lebih mengerti.
agar kita lebih memahami.
bahawa kehidupan ini adalah satu proses.

Proses.
perjalannya mungkin lambat.
tapi, akhirnya bertemu satu jawapan.
persoalan yang dicari dalam selama ini.

Aku.
Masih lagi mencari jawapan.
kepada soalan soalan yang aku sendiri tidak tahu
puncanya,
mekanismenya.
malahan sekalipun untuk membuat inferens
aku tidak mampu.

Namun,
aku yakin satu hari,
di masa hadapan,
persoalan yang ada di dalam hati.
akan ada jawapan,
yang berbaloi untuk ditunggu.


saya kembali;

setahun lebih aku menyepi.
dalam tempoh itu, macam macam aku lalui. aku hadapi. aku tangani.
sungguh, aku tidak sangka, begitu kuat sekali diri ini. berdepan dengan segala dugaan yang Allah berikan.
aku bukan manusia yang baik, apabila senang, aku lupa akan Allah. apabila susah, aku kembali kepadaNya.
tidak malukah engkau, zati?
Namun, dengan siapa lagi aku mampu mengadu, merayu, memohon pertolongan, kalau bukan kerana Allah.
aku bertekad, untuk kembali menulis, bukan kerana nama, bukan kerana popular.
tapi untuk refleksikan diri,  agar aku sentiasa berpijak dibumi yang nyata.