Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

kalau saja kau cuba tapis ayat;

okay, ini satu masalah bagi orang yang tak pernah hidup susah, atau mungkin dia hidup dalam keadaan sederhana,  or maybe, dia susah tapi tak mahu orang tengok dia susah. oleh itu, dia boleh lah mengeluarkan kata kata yang boleh menyebabkan golongan yang berpendapatan sederhana seperti aku, terasa, terguris perasaan dan yang paling sandi aku marah. memang aku marah. sebab aku rasa dia cuma bercakap dari point of view dia dari kacamata dia melihat dunia ini macamana. oh please, kalau tak boleh jaga hati orang lain, jangan tulis sembarangan. annoying okey. *pms mode. 

bila aku membebel pasal harga barang naik;

aku sekarang dah macam menyampah untuk buka wall facebook, bukan pasal aku benci drama drama yang ada,  cuma bikin heart attack ba membaca artikel yang keluarkan BARANG NAIK HARGA serius, ini tidak cool. malahan bikin panas jiwa dan raga. kalau dengan gaji aku sebagai seorang guru aku dah rasa terbeban,  bagaimana pula dengan hidup orang lain yang kurang bernasib baik? untung bagi yang kaya, malahan aku tengok makin hari makin kaya. muak. apa lagi dengan mudah mereka melancong ke sana sini, beli barang barang branded. okay, rezeki mereka. malas mahu cakap. nanti kena bash. keluar beberapa kenyataan dari orang yang bijaksana, yang ada kelulusan tinggi dan darjat segala, untuk bersyukur atas apa yang ada di muka bumi Malaysia ini, untuk terima seadaanya, dan yang paling parah, untuk hidup di atas kemampuan sendiri.   dengan harga naik yang mencanang-canang, part mana aku rasa boleh mampu?   boleh lah kali kalau makan beras yang m

khas untuk yang masih menanti bila posting;

hello.yeah. aku aktif semula menulis blog. lagipun dalam cuaca hujan renyai ni, tulis blog, memang sungguh seronok sekali. tapi, mendengar suara merdu orang sebelah rumah aku nyanyi, 'ooooo my love, my darling, i'm hunger for you touchhhhh....' berdarah juga telinga ==" entri kali ni aku tujukan khas buat teman teman yang menunggu result posting, or perhaps, masih belum ada kerja selepas habis study. and pertama sekali, warning, this is dalam point of view aku. so whether ia betul or salah,  terpulang dari pemahaman kita sendiri. for those yang baca blog aku, yang setia berabis, and my friends,relatives, and bla bla bla, memang tahu yang aku lambat posting juga lepas habis belajar November 2012. so, aku nak bagi idea dan tips sikit untuk melupakan; *kerisauan posting *kegundah gelana diri sebab tak sabar nak ada gaji sendiri *keterujaan untuk kahwin *and what so ever lah benda yang plan mahu buat. FIRST! Apply Guru Ganti o

kenapa kita hidup perlu dengar pandangan orang lain?;

actually, aku rasa, aku ada satu penyakit. penyakit that so called "aku-tak-suka-benda-sama-dengan-orang" gah.  itu lah masalah aku kadang-kadang. terutama dalam konteks bila mau buat satu design, selalu aku dengar "kebiasaan kami buat macamni" "si **** buat begini selalu" "dalam buku selalu cakap, begini lah" why, why, why???? kenapa mesti kita ikut, apa yang sudah di buat, dan pernah di buat, why? kenapaaaaa? aku cuma ada satu jawapan saja, "kita takut mencuba" "kita takut perkara baru" "kita takut keluar dari zon selesa" "kita takut apa kita buat orang tak suka" above all,kehidupan kita dipengaruhi oleh siapa? kehidupan kita adalah untuk memenuhi citarasa orang lain? kehidupan kita adalah untuk memuaskan hati orang lain? percayalah, apa saja kita buat, pasti ada yang menentang, pasti ada yang mencaci, mengkritik. dan sebab itu, if kita rasa apa y

merangkak menulis entri semula;

aku rasa aku memang sangat pending dalam update blog. haih. roh roh update tidak masuk dalam kepala otak. memang fail betul =( so, tahun 2013 bakal melabuhkan tirai, dan aku rasa tahun ini adalah tahun paling kurang sekali aku update apa apa entri. bukan sebab aku tiada cerita menarik mau kongsi, tapi.... sebab aku tiada masa untuk update. weeeekkk =p padahal siang malam terbungkang di katil selalu juga. apa yang berlaku lately dalam kehidupan aku? erm. let me see. oh ya, dua rakan baik aku di ipg sudah selamat bertukar status kehidupan.   kami semua excited sebab Rachel adalah classmate pertama yang kawin. we look forward untuk anak buah kami yang pertama pula. *more pictures boleh cari dekat fb dan instagram aku yer. and not only that, my kesayangan, Seri juga telah menjadi Cik Tunang seseorang. haha yang ni lebih excited since aku tunggu perubahan status almost 6 years. dan berada di majlis itu dari mula make up until la pelamin dibuka, was a

mungkin;

bila kau sudah berani melepaskan hati kau , dengan mengejar mana yang lebih baik pada fikiran kau, mungkin itu tanda hatimu sudah matang untuk semua ini. mungkin.

haih!;

aku orang yang sukar untuk dipenuhi apa yang aku mahu. mungkin hari ini aku cakap ya, mungkin esok aku akan cakap tidak. sebab, aku tak suka buat decision. Hahaha  biar masa buat keputusan untuk aku. bak kata pepatah, "biar lambat, asalkan selamat" :)

because your sadness is someone happiness;

give up. the best thing to do. for now. or forever.

spesies manusia cas negatif;

hidup di dunia ni untuk kau puaskan semua manusia memang mustahil. sebab tu, dalam hidup kita akan jumpa banyak spesies yang buat kau cakap "eh ada juga orang macamni?" aku dah biasa jumpa manusia yang gunting dalam lipatan, yang talam dua muka, yang mulut bau longkang, yang tukang jaga tepi kain orang, semua aku dah jumpa.  cuma sampai sekarang aku malas ah nak cari penyelesaian macamana nak handle orang macamni. cara terbaik, buat tak tahu saja lah. sebab one thing for sure, dorang tak bagi kau makan pun! semua bil kau juga bayar sendiri. so untuk apa, ambil kisah sangat :)  tapi kalau dah balik balik, haih, you have lost my respect. aku mungkin tiada apa apa sekarang hingga boleh diperkotak katikkan. aku sedang anggap aku dicabar.  tak selamanya aku tiada kereta, tiada rumah, tiada segalanya! percayalah, hanya orang yang susah faham orang susah yang tiada harta benda. sabar. akan aku buktikan. cepat atau lambat. hanya perlu masa. *dalam dunia ni kalau asyik ungkit atas apa

Kursus Pendidikan Muzik KSSR Tahun 4 PPD Miri;

minggu ni minggu yang best. sebab kursus muzik kssr untuk daerah Miri telah aku attend dengan jayanya gitu. bukan itu saja, input yang aku dapat sangat best! dari buta muzik akhirnya aku berubah menjadi rabun muzik hahaha masih samar samar lagi bah. belum lagi tahap sampai boleh jadi guru muzik AF.  cikai cikai punya cikgu muzik boleh lah. asal boleh deliver ilmu dengan betul, okay lah kan.  seriously, paling last belajar muzik masa aku sekolah rendah. lukis2 not smua ni. memang aku suka lukis not muzik sebab kiut. bila jadi cikgu kena ajar muzik memang kasi ketawa diri sendiri dulu. hahahaha mcam lucu bah the first day tu kami kena bagi asaimen untuk create muzik dengan barang yang ada di sekeliling. huahuahua ngam2 juga bawa body spray ni, aku ketuk2 saja lah guna pen. ini bukan kreatif, ini aku hantam saja lah labuuuuu apatah lagi tiup rekoder ni. aku memang fail tahap tertinggi lah. asal tiup memang sumbang. tapi rekoder aku juga lah paling menarik perhatian sebab corak2 kayu. aku

takut buat langkah yang besar;

aku sentiasa terfikir, macamana seseorang itu boleh ready untuk buat bigger step dalam hidup? benda yang paling aku takut sebenarnya dalam dunia ialah too attach sama orang. pegang komitmen yang tinggi tinggi. mungkin aku tak macam orang lain. impian aku iaitu khas untuk aku masih banyak lagi. aku sendiri belum ada Master, belum keluar negara, belum ada kereta, belum ada rumah, and so much more! I'm sorry.  sebab belum sedia untuk benda yang besar. saya 24 tahun, and Im still young. hidup bukan panjang, please ourself first :)

loving my job;

i love my job as a teacher. bila balik balik kena turun kursus dan tinggalkan murid, memang rasa rindu mengajar. serius. apa lagi bila bagitahu murid "esok,khamis dan jumaat cikgu kursus ya" dan murid jawab "alaaaa cikgu, tak payah lah pergi kursus, boring kami" haih. sayu saja rasa hati. kalau saja cikgu boleh pilih untuk tetap mengajar, memang akan stay, tapi untuk turun kursus dapat ilmu baru juga penting untuk masa depan mereka. Jejakkan kaki dalam bidang pendidikan bukan satu kesilapan untuk aku. normal lah ada ketika aku merungut dengan bebas tugas, tapi kerja apa juga senang? jadi pencuri pun kena kerja keras juga untuk tidak kantoi dari ditangkap. Hahaha! perumpaan yang salah kot.

Tutup buku lama;

kita tidak akan pernah menghargai sesuatu, sehingga ianya hilang dari pandangan mata kita. tapi, sebenarnya kita tidak tahu benda itu akan hilang dari pandangan, and thats why we take for granted. seperti air paip yang bersih.  kalau di rumah, mandi, air melimpah ruah. tak tutup paip langsung walaupun ketika itu tengah gosok2 kepala waktu syampu. bila sekarang, tiada air bersih hanyalah air hujan, baru rasa emasnya air paip itu.  sehinggakan asal turun Miri jumpa air paip, sangat menikmati mandi sampai tak nak keluar. actually apa yang aku cakap ini cuma satu perumpamaan. ada maksud tersirat aku nak sampaikan. tapi, biarlah. benda dah berlalu. dan aku sendiri dah move on. miss me when I'm gone. Thank You.

Kuala Lumpur: Our Crazy Trip!

haih la tajuk gempak semacam. sejauh mana crazynya itu rasanya hanya digambarkan oleh aku dan Erma. trip kami ke KL xda lah aku rancang sgt pun. masa bday aku 14 ogos lalu, aku mcm biasa buat rutin harian di internet untuk buka laman web airasia. cek2 hrga miri to kl, sibu to kl return RM78. tak payah banyak fikir, terus lah aku call sapa2 yg tgh online dan ajak pegi. hahaha then dua destinasi wajib saja perlu kami pergi iaitu Jalan Tar & Berjaya Times Square. tmpt lain tu kalo sempat baru pergi.  sampai KL pada hari sabtu around 1 pagi then kami lepak surau kejap untuk tidur dan dalam 330 pagi gitu Aunty aku ambl kami bawa balik rumah. so ada juga la tidur dan mandi before jalan. memang liat nak bangun tp dek memikir excited mau jalan tu, alahai terus bah bersiap2. then makan nasi lemak di Bangi and ambl KTM turun stesen Bank Negara   dan dalam ktm confirm lah berdiri satu jam hahahaha gila. kalau tmpt lain suru berdiri konfem dah merungut. yg ini, i okay ajee. bak kata Erma, dala

I love being Independent!;

haih. lately life sangat hectic. adaptasi dalam dunia pekerjaan sebagai guru, memang cabaran sikit. aku memang suka busy-kan diri since IPG, but then bila busy itu dua kali ganda, tak cukup tangan jadinya. apa lagi, bila kau perlu belajar dulu how to deal with it, how to handle it, aigo, memang semua jadi lambat. lama kelamaan, I guess, semua akan jadi normal, and okay. perlukan sedikit masa lagi kot. and bila aku dah berada di era pekerjaan hidup aku, aku sedar, aku berubah. aku lebih suka buat kerja sendiri. and also, keputusan yang aku buat, kebanyakkan aku fikir sendiri. aku memang jarang tanya pendapat orang including my family and also encik boyfie. buat ni, then baru bagitau. sebab ada beberapa perkara dalam hidup ini, kita yang fikir keputusan tu. rather than, asking people opinion, lepastu dorang akan bagi banyak tip and idea, which is, semua pun berdasarkan pengalaman diri mereka sendiri. even kalau balik dari kerja, aku mandi, makan, and tutup pintu bilik. aku menik

sekejap;

macam biasa update blog kejap ada kejap tidak. haiyo. line sekolah block aku untuk upload gambar. so, hanya ada ayat ayat mengarut saja dapat ku tatapkan disini untuk kalian. life as a teacher was HELL GREAT! haha! and one thing to share; 'sangat perlu ada adaptasi dengan cepat cara hidup orang bekerja dan cara hidup orang sekeliling' trust me.

Gaji Pertama Sebagai Guru!;

Alhamdulillah selepas berbulan bulan aku berada di zon kegelapan (which is tak ada gelap sangat pun cuma saja nak ber-hiperbola sikit) aku dah pun kerja. for those yang jadi reader aku selalu, for sure selalu akan baca aku merungut dan membebel, pastu kejap positifkan diri mengenai hal posting. haha aku dah macam orang tak betul pula masa tu. Finally, tak sampai sebulan pun aku kerja, aku dah dapat gaji pertama aku sebagai seorang guru. Yeayyyy! gaji pertama aku masuk dalam cek. so kena tunaikan dulu dalam ATM dan nanti tunggu 3 hari baru dapat withdraw. masa tu aku dah set dalam kepala hotak aku, yang aku tak nak famili aku tau aku dah gaji. hahaha aku nak suprise masa raya pertama. nak dapat feel bagi duit raya masa pagi pagi raya pertama tu. And, yes, aku berjaya suprise kan mereka. kikikiki aku bagi tak lah banyak sangat. so, aku memang dah set dari dulu, gaji pertama keluar, aku mesti buat kenduri kesyukuran. ya la, rezeki itu datang daripada Allah. sebab tu bersyukur itu

Rasminya, Aku berumur 24 tahun!;

aku sudah berusia 24 tahun pada hari ini. wah. tak sangka. macam dewasa sudah aku. erm, actually sudah dewasa pun. sebab sekarang aku sudah melalui zaman zaman bekerja dan bergaji sendiri, and so on. tahun ni nothing special jadi. tiada kek, tiada hadiah, just wish bertubi tubi dari facebook, and that's it. encik boyfie juga bukanlah orang yang wish aku tepat pada pukul 00.00malam. haha kerana ketika itu beliau bertugas dan tidak boleh pegang telefon dan call. but he did wish me pukul 4 pagi lepas balik dari kerja, siap nyanyi2 lagi, and so on, and honestly, mmg tears mengalir juga lah. so terharu =')  suppose to, dia balik malam ni, tapi kerana tugas,dia terpaksa postpone. memang la stress dan kecewa a lil bit, sebab aku ada kenduri esok, kenduri yang kami plan lama sudah mau buat kalau ada gaji, even kami ada baju raya yang sama colour, tapi, kadang kadang, apa yang kita rancang, tak akan jadi juga kan. sangat tabik spring lah kepada bini bini, dan anak anak kepada o

#1: Raya 2013;

raya dah sampai raya kelima aku rasa. tapi entri pasal raya barulah ada kan. haha kan aku dah kata, emosi aku nak menghapdet blog ni pandai naik pandai turun. asal naik mood, ada saja kekangan. tapi bila dah turun, lama betul sampai aku rasa blog ni bersawang dan rating pembaca semakin menurun. kuikuikui. so macam biasa, malas nak banyak banyak mukadimmah, sila lah jamu mata anda dengan gambar raya aku yang tak lah hebat macam #Rayaonfire Nora Danish tu  always be my King forever baju raya dan tudung raya ada lah di sponsor oleh Kakak Iza sayang ;D Queen of my heart my siblings. haha! the best thing about raya this year ialah, aku sudah dapat gaji pertama. hoooyeaahh! terasa kesabaran selama ni sangat berbaloi baloi. aku tak bagitau lah parents aku yang aku dah gaji. aku memang keep it as a secret sebab aku nak suprisekan mereka pada hari raya pertama. and bam! mestilah dorang suprise kan! :D before that, aku memang dah keluar shopping raya. untuk beli ba

over here, over there;

aku rasa aku ada penyakit suka menyepi. yer lah, aku janji nak update blog, tapi tak lama kemudian aku menyepi. dah menyepi tu, semakin liat lah pula aku nak menaip. as usual kalau sudah lama menyepi, aku akan update blog sekali harung, semua cerita dalam entri yang sama. ambekmu! never that I know, that bila kerja semua yang kita tak tahu, akan jadi tahu on the spot. ya la, major aku di IPG adalah pengajian sosial. bagai nak rak belajar silibus smua, hafal itu ini, faham itu ini, then bam! posting ajar yang out dari bidang. tapi benda tu perkara biasa la kan, no no no merungut. all you have to do is, cabar diri sendiri, and learn more. :D oh ya, gambar  di atas adalah aku ketika bagi slot untuk teknik menjawab kertas BM.  each and every day,aku dapat rasakan my love terhadap budak budak semakin menebal. aiseehh. ya la, kalau sudah hari hari dorang saja kita nampak, then memang kerja hadap dorg ja, for sure lah kan. kadang kadang tu ada masa juga kita akan stress, tapi bi