Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

PPPS DG41 is mine!;

Clap clap clap !!!! tepuk tangan untuk diri sendiri. sebab dah berjaya dalam temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41. weeehoooo! memang umpama mimpi menjadi kenyataan lah. bukan senang rasanya nak masuk profesion keguruan ni. haha apa lagi, until now, khabar berita posting tak kunjung tiba. HAHA tapi tak apa, sebab aku tengah enjoy kerja guru KGSK aku kat SK Pantai secara fullblast. kerja dalam keadaan yang happy, dan mood yang baik, memang dapat memberi kepuasan bekerja kan :D bah okay. tak tahu nak update apa sangat. sebab sekarang aku kat sekolah mengajar dan belajar. sebab dapat kelas Sains UPSR, which is totally berbeza dari major aku kat IPG, memang mencabar. but, takkan lah nak berada di jalan selamat kan? hee so, aku pun dengan rela hati terima, dan aku anggap itu sebagai cabaran. aku nak tengok sejauh mana, ilmu yang aku belajar kat IPG itu aku praktikkan kat sekolah. jyeeaaaaaaa

Kenapa kita selalu dapat benda yang kita tidak suka?;

setengah tahun berlalu. ada satu perkara yang aku belajar selama itu, yang aku sedari pada hari ini. bahawa, aku selalu dapat benda yang aku tak suka, dan tak mahu. dan benda yang aku mahu, aku tunggu, aku suka, memang aku tak dapat. dalam hidup, aku rasa selepas ini, aku tak perlu buat list apa yang aku tak suka, and aku tak mahu, sebab ianya seperti cuba untuk melawan takdir yang Allah tentukan buat aku. dan aku perlu sedar dan tahu, dan perlu fahamkan, sejauh mana kita merancang, se-perfect mana aturan kita, kadang kala Allah tak izinkan semua itu berlaku. atas sebab apa? sebab di atas semua itu ada hikmah yang akan berlaku. aku nak bagi contoh hal macamana aku tak suka, aku takut aku mengguris hati dan perasaan pula. cuma, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cakap semua. i mean apa yang aku cuba maksudkan dalam hidup aku. 1) dari dulu, aku cakap, yang aku tak berminat langsung untuk ajar sekolah menengah. biar apa sekalipun. - tup tup aku jadi guru ganti sebulan sek

My 10 days of holiday!;

huu kemain lama cuti cuti aku kali ni. planning utama memang nak ke konvokesyen saja, but, turn out to be, banyak aktiviti yang kami lakukan. and yes, I really had fun during my holiday with family and my memet, Seri. tapi tak terasa sangat pun 10 hari tu, since semua masa sangat pack, jadual penuh gila, sampai nak jumpa kawan pun susah. aiyo! after my graduation day, kami semua ke Port Dickson untuk family day sebelah abah punya famili. kami tinggal di Mess Greysand iaitu rumah pegawai kanan PDRM. macam macam kami buat. dah memang famili belah abah semua sporting gila, so, memang masuk la semua aktiviti.  kami memulakan aktiviti selepas check in adalah berkaraoke. aku ni pantang jumpa mikrofon, so nyanyi tak ingat dunia mau tiga jam. sampai kazen pun dah jadi DJ untuk tukar lagu. haha malamnya, kami ada bbq night. semua jenis seafood ada. makan makan menghadap pantai memang sangat best lah. kuantiti aku makan tak lah banyak, since aku dapat makan ayam dan burger jer.seaf

Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia Kali Ke-3;

Assalamualaikum, welcome back to me! clap clap. akhirnya ada juga roh kerajinan menulis blog merasuk ke dalam sanubari pada malam ini. secara rasminya, daku dah berjaya mengenggam ijazah yang selama ni aku tunggu dari sekolah rendah lagi. ingat tak masa zaman sekolah, semua ada cita cita nak ke menara gading, aku pun tak terkecuali. cuma masa tu aku x berapa faham sangat istilah menara gading tu, yang aku tahu masuk universiti. haha! tapi, sekarang aku faham, dengan masuk IPG sekali pun aku dah ada ijazah. yeaahhh! so, aku dah campakkan gambar banyak banyak dalam entri ini. dan biarkan gambar yang menceritakan lebih banyak moment konvokesyen aku. to be honest, aku tak berapa excited sangat dengan konvo ni, tapi memandangkan ni merupakan majlis untuk hargai usaha sendiri, dan untuk membuktikan kepada ibu bapa yang aku berjaya, so, aku tanamkan lah dalam jiwa juga perasaan excited. and plus, konvo dalam keadaan resdung, memang bikin stress! oh ya, we all konvo kat Putrajaya In