Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Labuan adalah syurga makanan aku;

bila aku di rumah dan di Labuan, so cerita aku umumnya pasal makanan. haha! aku memang tiada cerita lain nak share kalau di rumah. aku bangun entah jam berapa. dan aku tidur pun entah jam berapa.semuanya ikut suka suka aku saja lah. sebab kalau di kampus, for sure, banyak kerja, jadi cuti, masa untuk aku rehatkan diri dan minda for breakfast, my dad buat roti paratha. time ni, aku belum bangun lagi. haha aku masih lagi enak dibuai mimpi. dah lah mimpi aku seram semacam saja. susah betul mahu bangun tadi =_= and for lunch. nasi kebuli, ayam panggang, sambal belacan, salad sayur, timun, tomato. best nya bila di rumah. makanan semua mantap2. Alhamdullilah di atas semua rezeki yang diterima. dah macam Kenny Roger's pula aku rasa time ni duduk semeja dengan babah, mama, dan zana sangat best. cuma kurang satu. Apik masih berada d KL. looking forward untuk semua famili duduk semeja makan. wuuu~ entah bila la tu. then at night, keluar pergi tengok suasana CNY di Grand Dorsett Hotel. sambil

presenting my new husband;

oh my baby. you're mine forever ;D p/s; bagiku kamera adalah kepuasan diri sendiri bukan untuk kepuasan mata orang lain ;)

hari ini dan ular dijumpai;

#1; aku bangun lambat. which is, aku memang terlambat berabis. aktiviti mula jam 8pg, aku bangun jam 730 pg =_= #2; tengok handphone, habis battery. cis! lupa cas la pula semalam T__T #3; mandi sepantas mungkin, cari baju kurung yang tidak payah sterika, then berlari ke gimnasium, kahkahkah, sempat lagi aku cari makan ;p #4; Ain call tanya dimana kedudukan aku, pastu, berlari2 lagi masuk dewan. buat muka innocent tak bersalah datang lambat. #5; start LDK. my group is Kinabalu. sebab lagu dorang Sayang Kinabalu #6; ada quote best aku jumpa dalam modul LDK "you only live once, but if you live it right, once it enough" #7; then, minum pagi. aaaaaaaaa cucur udang. tak boleh tahan nafsu! makan juga. sekali tidak sampai 5 minit, bergaru2 lagi.isk! allergic datang lagi #8; sambung LDK seterusnya....................................... #9; SUDDENNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLY, semua kami yang AJK berlarian keluar ke luar dewan satu persatu. fikir emergency macam pelajar

24012011;

#1; Minggu ni aku akan super duper busy dengan MPPB KPLI JAN 2011. #2; so, blog ni mungkin akan terbiar. dont miss me ;p #3; oh ya, ELAUN dah keluar. rm3800++ #4; so, next week, DSLR bebeh! #5; aku beli DSLR bukan untuk tunjuk2, tapi aku mahu self satisfication #6; so, jangan banyak cakap! mulut mu berbau! #7; badan aku dah kurang gatal, sebab aku dah beli cream baru di farmasi #8; sambut birthday tonight. what a wonderful night for everyone! ;) #9; aku betul2 tiada idea mahu merepek malam ni #10; aku sangat mengantuk! #11; aku mencari ubat gatal2 aku, tapi hilang. ish! sasak ni macam #12; ba aku stress sudah. chow dulu #13; before that, aku upload gambar untuk event malam ni weehoo. woot woot :D happy birthday.
seandainya aku tidak diberikan oleh Allah kekecewaan itu, mana mungkin aku temukan kebahagiaan seperti sekarang. Aku bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan sekarang. Alhamdullilah.

oh keliru;

dalam mood keliru; D3000 D5000

27 perkara pasal aku hari ini;

#1; bangun awal pagi kerana hidung aku gatal gila #2; aku bersin non stop. benci. benci. dengan resdung #3; mata aku lagi penuh bintik. isk. another dugaan. susah buka mata.sumpah, gatal. #4; aku beli sausage, makan sama nasi, berkuahkan sos cili. simple tapi syukur. #5; urusan cuci kain selesai hari ini. #6; buka laptop. tengok movie #7; then, makan ubat. aduh, mengantuk pula #8; meeting untuk festival sukan. tahan mata dari tertidur #9; so, festival sukan kampus kami akan dibuat februari ni. so, aku lah SU nya. #10; sediakan jadual perlawanan, kumpul markah, and so on. #11; sampai bilik, terus tidur #12; terbangun oleh orang telefon. #13; pergi mandi #14; keluar makan dengan nizam,rachel dan abg zaidi #15; dapat berita elaun kpli dah keluar #16; aku excited! padahal kad bsn aku mama yang pegang *awkward moment disini* #17; singgah airport check balance di kad rachel. musnah harapan, lum masuk pun #18; tapi, aku pasti, next week sure keluar #19; thinking nak angkat Nikon d3000, tapi r

bila mana aku harus terima segala ujian itu dengan sabar;

teringat kata Ustaz dalam ceramah maghrib baru-baru ini; Kebahagiaan dan Kesusahan merupakan ujian daripada Allah. dan aku akui ianya memang benar. bila kita susah, Allah bukan cuba untuk buat kita rasa diri kita ni teraniaya atau apa pun, Allah cuma mahu uji sejauh mana iman kita. Allah tidak akan uji kalau dia tahu kita tak mampu hadapinya. biarpun sebesar mana ujian yang diberikan, pasti kita akan temui jalan keluar,tidak kiralah cepat atau lambat. pernah beberapa kali aku diberikan ujian yang hebat. banyak kali aku bertanya kepada Allah; kenapa aku? kenapa mesti aku? kenapa aku lagi yang kena? kenapa yang lain bahagia saja ? tapi, kalau bukan hal itu terjadi, mana mungkin aku temukan kebahagiaan yang aku dapat sekarang ni. kebahagiaan yang sudah buat aku bersyukur bahawa masih ada yang sayang dengan aku apa adanya. yang menerima aku baik dan buruknya. dan yang sentiasa berada di saat aku susah dan senang. ingat lah kawan-kawan, aku bukan lah orang yang arif tentang agama, tapi aku

25 perkara yang bermain di kepala aku sekarang;

#1; aku tak dapat tidur #2; aku lapar.perut berbunyi. #3; badan aku gatal2.aishhh #4; aku tengah cari kawan bersembang,tapi semua tidur #5; tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham, dan menangis sendiri #6; mata aku gatal sangat! wuwuwuwuwu #7; planning for a trip to Kuala Lumpur this holiday #8; my mom agree sudah untuk aku dapatkan my own DSLR :D #9; dalam fikiran Nikon or maybe Sony #10; lepas beli, baru mahu belajar pakai betul-betul #11; oh ya, ura ura mengatakan elaun this 25th. weehoooo #12; will be busy for MPPB KPLI JAN 2011 next week #13; banyak upcoming event di kampus, sampai aku lupa sudah apa mahu buat #14; ada Bina Insan Guru, Lawatan PJ, Kejohanan Olahraga,dan Festival Sukan #15; semester ini sangat pack masa. tapi masih banyak masa aku tidur ;p #16; aku gembira aku takkan dibagi roomate. so, alone2 dalam bilik sangat best. #17; aku sedang menguap sambil menaip ini #18; apa aku mahu makan pagi ni? since pagi ni langsung tiada kelas #19; cuci cadar dan cuci kain adalah jalan yang t

It's a goodbye for Encik Musaidi;

entri ni patutnya dah lama publish, cuma kepala otak aku untuk update cerita pasal event2 berlaku dalam hidup agak lembab. musim hujan kan, makanya otak pun lembab. maafkan musim hujan sekarang yer ;p our lecturer, Encik Musaidi yang kami sayang semua, akhirnya berpindah ke sebuah ipg di Perlis. seriously, sangat sedih! ya la, awal2 kami masuk p kampus ni, tahun 2007, dia lah lecturer yang pertama ajar kami. dan juga lecturer paling awal bagi assignment. aku ingat lagi dulu, dia suruh kami buat sistem planet. punyalah excited aa buat group. pastu siap bincang di kafe lagi!!! naa,sekarang, manada lagi buat2 di kafe, sanggup buat di kelas, 10 minit lagi submit, baru berkakai kasi siap then, dia juga la one of the lecturer yang paling sporting pernah aku kenal. dalam kelas dia, paling jarang lah kami bagi tumpuan. banyak kali dia marah2, tapi kami boleh lagi maintain ketawa. dia pun kalau marah, terus senyum ni. kadang2 time dia mengajar, sempat lagi makan biskut, dan ada lagi beberapa ke

rindu radio country akhirnya reda;

weeehoooo! excited sambil melumpat2 dalam bilik sambil menari samba sikit, kejap bertango dan kejap lagi ku berzapin! haha well, aku dapat dengar radio country setelah sekian lama aku berpuasa mendengarnya. thanks to Seri sebab kasi pinjam daku broadband mu. actually tadi aku pinjam untuk check harga tiket balik ke tawau untuk cuti CNY ni. tiba-tiba, mood bercuti aku melonjak dengan begitu hebat sekali. sangat tidak excited mahu balik rumah. mahu makan makanan rumah. mahu gaduh2 sama zana. dan yang paling penting, kalau dirumah tiada sudah allergik di badan yang sangat merimaskan aku! iklan kejap: baru perasan suara Blake Shelton sama Kenny Chesney ni hampir sama okay, sambung balik. for today, nothing special happened. melainkan aku dah pecahkan the spell, which is aku akan sentiasa tidak datang kuliah hari rabu. kihkihkih, tapi hampir juga tadi, aku terlajak tidur. kalau tak, memang aku akan sentiasa kena sumpahan rabu tak datang kuliah (sangat tahyul ok!) memang dari dulu, aku tida

yang aku suka dan rimas pasal blog;

aku jarang emo tak bersebab dalam blog aku. sebab ianya akan nampakkan aku so childish. cuma perkara yang aku emo lately pasal stalker dalam blog ni. apa juga kan dia mahu dengan life aku dan relationship status aku? apa apa pun, biarlah si stalker itu terus dengan aktivitinya. aku sekarang ni tak mencari sangat follower, mahu follow blog aku, follow saja lah. kalau bab follow balik, sorry guys, aku jarang buat macam tu. bukan aku sombong ka apa ka, cuma aku menulis blog bukan untuk cari populariti atau cari kekayaan dengan nuffnang (setahun pakai nuffnang, baru dpt rm6.00), tapi aku menulis untuk kepuasan diri aku sendiri. sebab aku memilih betul ni baca blog.antara yang paling aku rimas adalah; 1.blog yang penuh dengan widget. sudah lah susah mahu loading. banyak lagi perhiasan. kadang2 ianya menyemak, dan mengganggu isi blog anda 2.blog yang penuh dengan luahan hati marah marah. ni pun aku blurr juga baca. 3.blog orang yang aku rasa dia tulis lain, tapi perangai dia lain. haha bipol

100 truths of me;

1. Real name : Nur Izzatie Nadia Binti Subri 2. Nickname : Zati, Nana, Teja 3. Zodiac sign: Leo 4. Male or female : Female 5. Elementary school : Sk. St.Anne, Labuan 6. Highschool : SMK Labuan 7. College :Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. 8. Hair colour : hitam berkilau dan lebat gitu. 9. Tall or short : tidak tinggi, tidak juga pindik ni 10. Sweat or jeans : both! kalau pakai sweat dan jeans sekali, baru best 11. Phone or Camera : both! cannot live without this two gadget 12. Health freak : dulu, tidak. lately, yes! since bertimbun sudah penyakit menghinggap 13. Orange or apple : erkkk.. xsuka dua2 ;p 14. Do you have a crush on someone? : i do. 15. Eat or drink : dulu,eat more. now drink a lot of water 16. Piercings : di telinga seja 17. Pepsi or coke : pepsi. sebab lebih manis HAVE YOU EVER ? : 1. Been in an airplane : of course. selalu balik Tawau guna airplane 2. Been in relationship : currently. 3. Been in a car accident : nope,Alhamdullilah 4. Been a fist fight : mmmmm..nope

23 things I do today;

random saja ni aku update untuk harini yer ;) 1. aku macam biasa tidur tak lena. setiap sejam bangun dek gatal2 d badan. huhu cepatlah sembuh =( 2.alarm aku bunyi jam 5 pagi. then aku kasi stop. last2 bangun jam 6 pagi. punya terkejut 3.mandi punya main laju. bersiap dalam masa 15 minit =D 4.langsung tak pakai mekap segala. sebab muka aku agak allergik juga dengan semua mekap2 sekarang 5.pergi medan selera, lenggang kangkung dengan seri. 6.just makan kuih-kuih. kesian diriku. hanya mampu melihat kawan2 makan sedap. 7.pergi perhimpunan. and eh, Patricia jadi MC harini. dia lakukan dengan baik. syabas kawan :) 8.as usual amanat dari pensyarah memang ada. and sangat lucu pantun Mdm Anna. 9.jumpa ms sefiah pasal ajk mppb.then dari 26org, kena cut pergi 13org saja. weehoo! kerja keras lah kami nanti 10.masuk kelas. gosip sana gosip sini. langsung tiada lecturer masuk harini 11. "la abuela" perkataan baru untuk classmate. 12.balik ke asrama. singgah medan kejap beli sup dan ikan 13

un-private sudah ni blog =)

now, aku kasi un-private balik blog aku. sorry guys, yang tanya2 pasal blog aku ni, bukan aku kasi private kamurang, tapi aku kasi private untuk semua orang. haha! aku punya marah semalam tu memang membuak2 sampai aku rasa nak pilih saja beberapa yang boleh baca blog aku ni. tapi, aku tak lah macam tu, bila fikir balik, aku just perlu masa sampai aku boleh berdepan dengan masalah ni. aku memang cepat melatah kalau ada orang VERY THE BUSY BODY with my life. aku tahu orang yang busy body ni ada baca juga sekarang. and to you, THANKS aaa kasi mess around my life and my relationship with the others. oh my god, aku sangat membenci dirimu walaupun aku tidak kenal kau siapa! apa yang kau mahu tahu lagi pasal aku? nanti aku buat entri khas untuk kau. supaya tak payah lah kau kurik2 semua entri aku yang lepas. sabar kau aa. then, lepas aku sudah buat, kau kasi sampai2 la lagi sama orang. baru cukup power lah busy body mu tu. yang best tu kan, aku tahu kau antara orang yang paling kenal aku juga

nasi goreng payau dan roti siang ke malam;

okay. penat aku emo tadi. padahal tiada juga aku panas sama sapa2. saja buang tebiat, emo malam2 kahkahkah. macam apa saja bila aku baca balik tu entry. macam palui2, dan bunguk2. tapi malas jua aku padam. peduli lah sana. siok tu nanti baca reaksi orang ;p aku betul2 tiada cerita oo harini. memang hidup ku seharian berkurung di dalam bilik. lepas breakfast tadi, aku kena call oleh Encik Ismail.so, aku pun ikutlah makan dekat airport sana (which is sangat popular dengan daging payau) dengan Abg Peter dan Abg Jeffrey.aku just order nasi goreng payau yang sangat sedap dan pedas. tapi kepedasan nya tu kira okay lah juga dengan rasa nasi goreng yang superb! try la datang terutama yang orang tawau tu ;) balik asrama, aku makan ubat. dan jadi sangat mengantuk. sempat juga aku chat sama si bebeh before dia urus rumahnya yang jauh nun d hujung tawau. haha aku mamai2 sudah time tu, aku angkat laptop ku di sebelah katil, dan berchat sampai aku tertidur tak hengat dunia betul! aku bangun maghrib

ayat aku berbisa mungkin, tapi kau jangan perasan ini untuk dirimu;

"sebelum kau belajar mencintai orang lain, lebih baik kau cintakan dirimu dahulu " seperti senang ungkapkan kata-kata ini, cuba kau buat? jadi macamana pula dengan kata-kata " aku lebih rela terseksa asal buat dirimu bahagia ?" adakah senang juga untuk melakukan semua itu. lantas aku memilih, dalam apa keadaan sekalipun, untuk lebih mencintai diri aku sendiri. biarkan yang lain terluka asal diriku bahagia. bukan kah itu seperti ego diriku? ya, aku akui. tapi ada satu masa, bila kau sudah penat bersabar, dan perkara itu berulang semula, lebih baik aku pilih hidup aku sendiri. aku bukan orang yang baik-baik. solat tunggang langgang. pakai tudung kejap on kejap off. tapi aku pasti, aku tidak sekejam yang lain. pakai tudung, dan mengumpat, menyebarkan kata-kata kepada orang lain, bergosip, adakah bagus begitu? aku tidak point sapa-sapa untuk entri kali ini. cuma aku bosan betul dengan karenah manusia di muka bumi. sama seperti bidalan kata ini, yang aku buat sendiri; lu

Gardenia Butter Bun and a cup of tea;

Good Morning! ;) walaupun sekarang sudah jam 10.30 pagi, tapi masih boleh juga kan wish good morning.actually aku ni plan sudah bangun petang, ya la, cuaca sekarang punya lah sejuk. paling siok sudah mahu beradu2 sampai tak hengat dunia. but then, En Ismail call bawa pergi makan sup payau. tapi kereta dia kan sudah kena sewa, so dia masih lagi mencari kereta,dan if ada, kami akan pergi juga la dalam tengahari ni so, aku dah terbangun time tu, terus la aku pergi mandi. habis mandi, kemas bilik, kasi cream2 semua badan, makan ubat, dan sekarang online! haha dan untuk breakfast harini, aku just ambil teh dan bun. ya la, pantang makanan aku banyak sungguh. aku rela berpantang, dari tidak tidur satu malam gara2 gatal. bun mentega gardenia yang hanya ku jumpa di Hospital Tawau ;) p/s: inilah sebabnya kalau sudah promise dengan blog, satu entri satu gambar. haha asal ada gambar saja ni. haha

goodbye En Musaidi and also Ming the Hello Kitty;

Weehoo, woot2x (ada melodi tersendiri ni kalau mahu baca) selamat malam, salam sejahtera, salam 1 malaysia =) apa khabar kalian? sihat kah? atau sakit kah? bah, kalau yang sihat baguslah, yang sakit p ko sana makan ubat. jangan malas2. nnt terjangkit! aku katuk kepala ko ni kalau malas. *trep jadi nurse* tadi pagi kelas aku cuma untuk photoshoot kelas. gambar lum ambil dari luqman, so belum dapat upload sini. nanti kalau ada, aku kasi tayang2 juga kamu tu. then petangnya, aku pergi hospital. serius,aku tak tahan dengan allergik aku yang buat aku tidak tidur lena malam2. since bebeh sibuk dengan urusan rumahnya, aku minta tolong lah with my abang2. so, nizam, abg dafie and abg adrian pun bersama2 la turun ke bandar menghantar aku ke hospital. berjam juga lah aku tunggu giliran. masuk jumpa doktor, aku membebel lah aku punya kegatalan di badan. dan dia bagi aku senarai ubat yang panjang gila, dan banyak jo! terus aku konfiden, lalalalalala, pergi farmasi, sekali dia cakap, "ko sudah

aku doakan kebahagiaanmu;

di awal bulan ini, aku harus buat keputusan. suatu keputusan dimana aku harus mencari sesuatu pilihan yang tepat. sumpah, aku sebenarnya keberatan, namun melihat dia seperti sudah menemui kebahagiaan itu, aku gagahi langkah menyusuri hidup ini dengan cara aku. cukup untuk aku sedar bahawa semua itu hanya kenangan lalu, dan tiada apa yang perlu diingati lagi. aku sedang mencari kebahagiaan itu dengan pilihan aku sendiri. jika pilihan aku ini adalah pilihan paling tepat, sudah tentu aku akan terus bahagia.jika pilihan yang aku pilih ini salah, aku pasrah. dan berserah semuanya kepada Yang Maha Esa. peluang tidak datang berkali-kali. sebab itu, aku rasa jika kamu masih diberikan peluang itu, cepat2lah ambil. sebab hati manusia tidak dapat kita teka. hati sentiasa berubah-ubah, tapi memori itu kekal di dalam hati. aku doakan dirimu sentiasa bahagia dengan jalan yang kamu pilih selama ini.dan aku tahu kamu juga sedang mencapai kebahagiaan dalam hidup tanpa aku disisi.

bergambar tak ingat dunia and Luqman birthday today!;

wokeyh, bertemu lagi di dalam entri seterusnya bersama daku, si zati yang bulat. haha ya, memang aku bulat pun. aku sedar diri ba juga. tapi yang penting aku kiut. hahaha!! okay. kasi biar statement kepaluian dari daku itu sekejap. harini kelas aku mula lambat sikit, jadi aku bangun pun lewat sikit. haha aku pun memang malas mahu bangun awal, sampai si bebeh sms aku, mamai2 aku reply, ntah apa sudah aku send sama dia tu. hari ini khamis. so hari ni pakai baju batik. dan aku sedar, aku belum seterika lagi dari semalam tu batik. naa, terpaksa la bangun2 terus seterika batik, mandi, touch up, pastu pergi kuliah. singgah medan kejap, beli kuih (3 bijik) sebab perut aku bunyi ketang ketung, aku lapar okeh! semangat jalan2 pergi blok akademik, ada si bebeh sana. so, kuih aku kena curik sudah sebijik, then mahu sampai kelas, ada mira, en mazuki, corno. dan diambik lagi kuih ku sebijik. aku yang redha ni, tengok kuih tinggal sebijik jak. huhu.. tapi x pa, aku ikhlas =_=' bincang2 sikit den

pagi ke petang, bengkel.petang ke malam, mansau;

salam sejahtera semua homosapiens yang berada di muka bumi yang fana ini. alohaaa! kasi cergas2 dulu tu mata yer. walaupun aku ni pun macam mahu pengsan juga. sebab mengantuk dek ubat selsema yang sangat kuat dosnya.tapi aku gagahi juga langkah ni update blog, sebab aku kan blogger's sejati.kwang3x. lagipun, ada ni sorang kawan memaksa aku update. hahaha alasan yang teteda. bila masa pula dia paksa? padahal aku juga yang semangat tu tunggu berjam2 sampai berjaya upload gambar disini ;p ba, malas merepek banyak. liat itu gambar semua. harini, aku rasa sangat bertuah. kihkihkih perrgghh ayat skema jo! pismp batch aku, sem 7 and of course kpli jun (ehem2x, haha, kenapa ada batuk2 ni bila sebut kpli jun ;p) hadiri bengkel penulisan jurnal praktikum. which is sangat best. antara bengkel yang paling aku tidak mengantuk lah! memang aku punya fokus sangat terbaik dari ladang. sebab aku rasa sangat berguna ni bengkel untuk praktikum aku bulan mac. dari pagi sampai ke petang, makan free. ha

aku demam, batuk, dan gatal2 satu badan;

hellooooooww meellooowww mashimellow watermelonlow,and bla bla bla..entah apa punya introduction. sangat tidak menarik. sampai aku rasa aku nak hentak kepala manja2 kat dinding. hari ni aku perlu aktifkan mood sakit aku. cian aku, entah berjangkit dari siapa la ni, sampai aku punya flu dan batuk2 timbul. semalam, ya ampun, punya susah mahu tidur. aku bersin non stop. bayangkan la aa..sampai aku rasa mahu cabut hidung aku malam tu juga, dan tidur dengan lena. dek kerana bersin yang x henti, sampai menganggu diriku untuk bermimpi yang indah2 bersama tersayang,aku bangun pagi tadi, macam mahu pengsan. semua berpusing2, sampai aku menangis sorang2 dalam bilik. Tsk..tsk.. T___T dah lah sekarang tidur sorang, memang sadis lah. seri ketuk pintu tadi pagi, dia dah siap p kuliah. aku pun buka pintu, dengan rambut menggerbang semacam, sumpah, kalau aku jalan2 jam 2 atau 3 pagi, orang sangka aku hantu. kwang3x.. aku gtaw aku tak p kuliah, dan sms si bebeh. minta simpati kunun. supaya ada kekuatan

aku kurus dan gemuk mungkin disebabkan faktor hujan sekejap dan panas sekejap;

okay. aku nak buat pengakuan eksklusif sikit. aku sebenarnya agak blurr juga ni apakah orang balik2 jumpa aku cakap aku dah kurus sikit? terus aku p timbang, begitu juga berat aku. tiada turun, tiada naik, tapi dari segi apa aku kurus sikit ni? masa bulan disember lalu, tengah aku nak packing2 baju balik kampus, aku tanya ngan mama aku, ada kah baju2 kurung dia yang boleh aku bawa balik tawau? hahaha since kami sama saiz, jadi senang la ;p then mama aku cakap semua baju kurung dulu2 yang aku tidak muat lagi sebab kecik kan. then aku pun pasrah la juak. tapi aku try la beberapa baju kurung tu, and walaweiiiiiiii, aku muat semua tu baju kurung yang dulunya fit dan x muat langsung. terus aku blurr? kalau dulu berat aku lagi ringan ba dari sekarang, napa aku muat sudah? so, aku punya excited pun berterusan la. sampai si bebeh ambil aku di airport haritu. haha ya la, kurus sudah kan. mesti mahu eksen2 depan dia. tapi sampai saja dalam kereta, dia macam no response ni. aa.. maybe dia nda sed

ini photoshoot macam bukan juga, tapi entah apa apa sajalah;

ohaiyoooooooo! pergi kuliah makan2 nasi goreng, punya fullblast banyaknya. aku pun tidak tahu lah kenapa selera makan aku bertambah betul kalau dalam kampus ni.walhal, semua orang akan cakap, masuk kampus, terus feeling2 mahu balik rumah, homesick segala, aduh, kenapa aku tiada perasaan ini? aku ni normal ka tidak aa? atau aku sudah cukup2 imune bahawa mahu merungut macamana sekali pun, kena juga balik kampus =_=' know your own priorities! selepas perhimpunan tadi, lepas kena cuci habis2 oleh pensyarah unit disiplin, pastu ada taklimat gerko sikit, which is semester ini kami akan berOLAHRAGA. kwang3x. menguruskan sukan kampus, and boleh tahu selok belok pasal olahraga la ni esok. penting rasanya olahraga ni, sebab nanti di sekolah, wajib juga kan tahun2 ada sukan. ni sapa yang merungut pasal hal sini, meh sini, daku tampar kau laju, biar sampai terbeliak biji matamu! hahaha..fed up sudah pasal rungutan tidak berasas sekarang ni sampai di kelas, aku, seri, luqman dan ain bertugas ha

potong kuku waktu subuh?;

selamat pagi dan selamat hari Isnin; aku saja update blog awal pagi ni sebab aku rasa tak lama lagi kena block la ni blogspot.huhu..office hours kan wifi di kampus ni. tu lah pasal. kalau mahu online fb, terpaksa lah dari hp saja. nasib baik ada 0.facebook.com tu, dapat la juga online secara free ;) semalam aku tidur entah jam berapa tu. yang aku tahu habis tengok AJL, mcm hampa lah sikit, sebab aku target orang lain menang, sekali ana raffali. emmm.. tak pa lah, kali sudah rezeki dia kan. lagipun, juri yang lebih tahu pasal lagu2 dan vokal2 ni. aku apa la tahu sangat. then bangun tadi tepat2 jam 5 pagi, thanks to my alarm, walaupun bunyi cuma "cit..cit..cit" aku terbangun dengan senang sekali.dulu pakai alarm, bunyi sangat iritating, tersedar pun tidak. kwang3x.. ngam2 bangun tadi, azan subuh, so, aku pun terus lah solat. tapi bukan juga terus mandi, haha sekarang mengonlinekan diri tanpa rasa bersalah. yeap, pasni harus mandi. dan bersiap. sebab mesti awal ni mahu pergi med

torchlight hello kitty yang berjasa;

entri kali ini aku kredit kan khas untuk torchlight Hello Kitty aku yang comel.hahahhaha selama ni aku terfikir, apa sebenarnya kegunaan torchlight ni since aku beli dulu di Suria Sabah. dan mmg aku dulu beli khas untuk camping pengakap but then aku lupa cas dan lupa bawa lagi!!! naaaaa.. apa la tu kegunaan aku beli ni torchlight kalau aku nda bawa time tu? so, since that day, aku sentiasa bawa ni torchlight ke mana saja aku pergi. kalau aku pergi keluar jalan2, piknik2, aku bawa juga. pergi kelas pun aku bawa juga kadang2. muahahahaha orang cakap sediakan payung sebelum hujan . then aku punya motto hidup pula sediakan torchlight sebelum gelap gulita ;p dan dengan blackoutnya harini d asrama aku, punyalah aku happy. bukan aku happy sebab aku perlu berpeluh2 dan harus bergelap gulita, tapi aku happy akhirnya aku guna juga torchlight! habis aku suluh2 semua orang d asrama. eh, x la semua orang. paling2 pun aku suluh orang yang aku kenal. terutama kawan2 yang baru habis mandi, disuluh da

aku suka tengok dinding yang ada bunga tersenyum;

selamat sore semua :) selamat hari ahad juga kepada semua. well, harini tiada apa2 juga aku buat d asrama melainkan bangun lambat, kemas bilik, bersin2, lepak2, gosip2,nyanyi2, online2, makan2, dan pasni gutung ruyung. cis! aku malas. muahahahaha memang aku malas, sebab aku tahu bisuk, kena kasi bersih juga balik oleh tu cleaner semua. tetapi memandangkan, aku ni guru pelatih cemerlang dan terbilang, yang memang paling tambirang jua kadang2, aku pun akur lah saja. aku bahagian kasi bersih bilik mandi, so, bersihkan saja la. bukan selalu kan. walaupun aku tahu, warga2 asrama aku ni pembersih orangnya, tapi kasi bersih juga lah. right now, aku sedang melepak di bilik lama. Seri sedang berbalas SMS, while wanti sedang main game online dan florence adalah penonton utama dia main game. aku duduk di katil lama, dengan meja spongebob, sambil melap2 hingus2,menggaru2 muka yang gatal, melihat2 cuaca diluar, takut2 hujan, nnt senang lah aku lari bertempiaran menyelamatkan kain aku dah janji kan

my new simple room in hostel;

owkeyh, petang ni, aku nak buat entry khas untuk bilik baru aku. haha well, before this aku roomate sm Seri, since my senior dah tamatkan pengajian di kampus, aku pun pindah la bilik seorang. x jauh dari bilik lama.selang sebilik saja. iaitu bekas bilik kak yana dan kak suhaili.aku belum hias2 lagi ni bilik, sebab lum ada elaun kan. nnt ada elaun, baru aku fullblast menghias.sekarang ni yang simple2 ja dulu so, memandangkan aku seorang saja dalam bilik,kena la juga lapis tu tilam dua2 tu tilam kan. ini bukan tilam aku, walaupun ianya pink, tapi inilah adalah tilam untuk tetamu. i mean, sapa2 yang nak temankan aku tidur, inilah katil mereka. so, memang tilam ni khas untuk Seri sebab kalau malam beliau akan tidur dibilik ku. and tadaaaa..this is mine. kenapakah hijau? aku pun tidak tahu lah. mungkin sebab ini cadar baru yang mama bagi, so, aku pun teringin la mahu tidur atas ni.orang pun hairan kenapa aku bercadarkan warna hijau, tapi entah la, aku pun blurr juga ni masih.mungkin faktor