Skip to main content

aku doakan kebahagiaanmu;

di awal bulan ini, aku harus buat keputusan. suatu keputusan dimana aku harus mencari sesuatu pilihan yang tepat. sumpah, aku sebenarnya keberatan, namun melihat dia seperti sudah menemui kebahagiaan itu, aku gagahi langkah menyusuri hidup ini dengan cara aku. cukup untuk aku sedar bahawa semua itu hanya kenangan lalu, dan tiada apa yang perlu diingati lagi.

aku sedang mencari kebahagiaan itu dengan pilihan aku sendiri. jika pilihan aku ini adalah pilihan paling tepat, sudah tentu aku akan terus bahagia.jika pilihan yang aku pilih ini salah, aku pasrah. dan berserah semuanya kepada Yang Maha Esa.

peluang tidak datang berkali-kali. sebab itu, aku rasa jika kamu masih diberikan peluang itu, cepat2lah ambil. sebab hati manusia tidak dapat kita teka. hati sentiasa berubah-ubah, tapi memori itu kekal di dalam hati.

aku doakan dirimu sentiasa bahagia dengan jalan yang kamu pilih selama ini.dan aku tahu kamu juga sedang mencapai kebahagiaan dalam hidup tanpa aku disisi.

Comments

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

another segmen untuk di follow ;)