Skip to main content

bila mana aku harus terima segala ujian itu dengan sabar;

teringat kata Ustaz dalam ceramah maghrib baru-baru ini;Kebahagiaan dan Kesusahan merupakan ujian daripada Allah.

dan aku akui ianya memang benar. bila kita susah, Allah bukan cuba untuk buat kita rasa diri kita ni teraniaya atau apa pun, Allah cuma mahu uji sejauh mana iman kita. Allah tidak akan uji kalau dia tahu kita tak mampu hadapinya. biarpun sebesar mana ujian yang diberikan, pasti kita akan temui jalan keluar,tidak kiralah cepat atau lambat.

pernah beberapa kali aku diberikan ujian yang hebat. banyak kali aku bertanya kepada Allah;
kenapa aku?
kenapa mesti aku?
kenapa aku lagi yang kena?
kenapa yang lain bahagia saja?

tapi, kalau bukan hal itu terjadi, mana mungkin aku temukan kebahagiaan yang aku dapat sekarang ni. kebahagiaan yang sudah buat aku bersyukur bahawa masih ada yang sayang dengan aku apa adanya. yang menerima aku baik dan buruknya. dan yang sentiasa berada di saat aku susah dan senang.

ingat lah kawan-kawan, aku bukan lah orang yang arif tentang agama, tapi aku percaya kepada ketentuan Allah. atas semua musibah, ujian dan cabaran yang kita hadapi, ingatlah bahawa semua itu pasti ada hikmahnya. bertahanlah, dan berdoalah kepada Allah =)

p/s; refleksi diri di hari jumaat.

Comments

waalaikumsalam. semoga sentiasa tabah dengan dugaan Allah.Amin~

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

Bersangka Baik;

Allah tidak makbulkan doa kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik, untuk hidup kita kini, masa depan, dan selamanya