Skip to main content

hari khamis pakai baju batik;

Assalamualaikum,salam sejahtera, salam 1 malaysia, salam perpaduan, salam kabare, salam menyalam, and apa2 salam yang ada di muka bumi ini ku tujukan kepada semua. kwang3x..so, harini berjalan dengan penuh ke-mengantukkan, dan bertekad petang ini, tidak akan tidur! haha supaya nanti malam, lekas mengantuk, dan tidak payah la mengira bulu kening lagi macam semalam, dan terpaksa mendengar bunyi2 yang menakutkan sehingga bulu meremang, badan menjadi sejuk, tidur terketar, katil bergagar2. haha

bangun pagi tadi, dalam jam 7 lebih, itupun selepas ketukan pintu membawa maut oleh si Ain. kalau orang ada sakit jantung, confirm pergi tak kembali juga pagi tadi.then pergi mandi, bergegas juga ni seterika baju batik, haha, sambil aku bersin2. sasak eh, resdung aku menyerang la pula pepagi tu. aku bergegas jalan dari asrama, bukan mahu mengejar kelas, tapi pasal mahu makan. muahahahaha!

habis makan, masuk kelas, ya ampun, aku memang mengantuk tahap gaban sudah la time tu. sudah la tu kelas, harus tutup lampu baru nampak presentation kawan2 or lecturer, memang gelap dan suram2, dengan aircond lagi, mata lagi tidak sporting. aishh memang dasat sungguh daku cuba melawan diri dari terlena. habis kelas, waktu rehat, nothing to do, berpelesaran ke HEP, then masuk kelas, blur2 tidak tahu buat apa.

so, aku pun ambil2 gambar situasi dalam kelas. ambil dan delete pastu. haha tapi satu gambar yang aku capture, aku tak delete langsung. haha yang sudah semestinya bukan gambar aku posing2 cute, buat mulut itik, kasi kembung pipi, buat2 peace, tapi gambar classmate daku mengunting, mentrim dan melayerkan janggut beliau. tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa;

Amirul yang sedang menggunting janggut menggunakan cermin di pencil box ku,
dan menggunakan gunting si Luqman.

okay, lupakan kisah gunting2 janggut, sebab dia masih lagi jadi abg janggut dalam kelas. belum hilang lagi janggutnya. ada kelas PJ, sama encik ATT, bincang pasal amali kami untuk subjek ni. ada beberapa cadangan, pergi UMS, or maybe sandakan, atau pergi mana2 sekolah area Tawau saja kali. dan akan dibuat after kami praktikum.

then, esok kami ada photoshoot untuk kelas. haha, time aku mengendut dan mengembang ni jugalah photoshoot diadakan. dan esok juga mahu keluar makan dengan Encik Musaidi yang mahu pindah sudah. sob..sob ='( sedihnya, ramai sudah pensyarah pindah, dan entah siapa saja yang ada dengan kami untuk melihat kami membesar di kampus ni =_='

Comments

SheNn said…
Mekap cantik2x utk photoshoot..haha!
hahaha
ya..itu harus.
hahaha mood excited :D

Popular posts from this blog

mereka tidak faham;

biar. tiada siapa yang faham isi hati kita perasaan kita mungkin mereka tidak tahu hanya mampu berkata kata tidak berada di keadaan kita malahan yang paling utama, mereka TIDAK KENAL siapa kita. tahu apa yang lebih menyakitkan? kerana yang paling terdekat, adalah orang yang kerap kali TIDAK FAHAM TIDAK KENAL siapa kita.

Day 13: Someone You Look Up To;

Abah dan Mama since dia cakap someone, aku memang tak boleh pilih sorang. both of them are someone I always look up to. and that's my parents. most of the time, aku rasa sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga ini. kami bukan dari keluarga yang kaya raya, yang banyak duit, tapi both of my parents tak pernah biarkan kami rasa susah. kadang-kala, apa yang kami mahu kami dapat juga. ABAH babah adalah orang yang paling kuat kerja. sikit pun tidak mengeluh.even sudah umur 50 tahun this year, tapi still maintain macam orang muda. even tenaga babah rasanya lebih tinggi dari anak muda zaman sekarang. awal pagi, my dad akan buat burger, untuk my sister jual di sekolah. then pergi kerja, sebagai lorry driver dari pagi sampai ke petang. then malam, ada kerja sampingan. pasang kem (untuk orang kawin2 tu). kalau ada masa di rumah pun, jarang lah. itu semua untuk kami cukup makan, cukup pakaian, dan cukup serba serbi. kalau ada masa dirumah, dia akan online facebook. haha main gam...

SBE 4; SK Sri Gaya #1

Ini adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang terakhir. dan kami memilih untuk pergi ke SK Sri Gaya. sepanjang empat kali SBE ini, mesti saya buat dengan roomate saya sendiri. alasan utama kami pergi sekolah ni adalah sekolah ni dekat dengan ofis bapa dia and mahu rasa pengalaman yang terbaru di sekolah kluster. so, ini dia cerita hari pertama di SK Sri Gaya; bangun sahur tadi jam 3.30 pagi. after that, sambung tidur. haha and kami lambat bangun lepas tu. terjaga dalam jam 6 pagi. okay, sangat kelam kabut. borang kami langsung belum isi. sampai saja sekolah, nasib baik belum mula perhimpunan lagi. cari mana Bilik Guru Besar dan sekali tengok di dalam, ada sudah beberapa guru pelatih lain yang buat SBE sana. dari IPG Keningau dan Kent. so, tidaklah kami berduaan ja di sekolah sepanjang minggu ni. GB buat temu bual dengan kami. dan dia tanya2 the previous school kami pergi.SK Sg Bedaun di Labuan, SK Weston di Beaufort, SK Likas di KK.then suddenly GB tu tanya. GB: Aik? kenapa boleh ...